http://jorangading.blogspot.com
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan.Cuba lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air. Masa itu emas, Bahkan lebih bernilai dari emas. Emas hilang boleh dicari, masa berlalu takkan kembali.
29.3.17
27.1.15
5 SPESIS YANG JARANG DI JUMPAI
Terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang semakin pupus di
negara ini akibat aktiviti eksploitasi yang tidak dikawal. Ia
membimbangkan, dan sekiranya langkah segera tidak diambil, kita mungkin
akan benar-benar kehilangan spesis berharga ini. Berikut antara spesis
yang kian pupus di perairan air tawar. Jadi jika anda berjaya
mendaratkannya, fikir-fikirkanlah.
Ikan Temoleh
Probarbus jullieni atau lebih dikenali sebagai Temoleh atau Temelian di Malaysia merupakan antara spesies yang boleh mencapai saiz mega iaitu boleh mencecah sehingga 60 kg. Oleh kerana saiznya yang besar, ia lebih banyak mendiami sungai-sungai yang lebar, panjang dan dalam seperti di Sungai Pahang dan Sungai Perak. Temoleh dikatakan antara spesis pejuang yang tak mengenal erti kalah sekiranya terpedaya dengan umpan yang anda sediakan.
Lariannya yang bertenaga mampu memberi tentangan sengit kepada pemancing dan ianya tidak akan sama sekali memberikan kemenangan yang mudah buat semua kaki pancing. Diet utama ikan ini adalah moluska bercengkerang (seperti siput), anak ikan, udang, cacing dan juga tumbuhan seperti buah pisang dan betik. Namun begitu spesies ikan ini dikatakan semakin sukar ditemui pada masa kini.
Ikan Kerenak
Ikan Kenerak atau baung Kenerak (Bagarius bagarius) merupakan antara spesies ikan yang semakin sukar dijumpai di Malaysia. Di luar negara ikan ini lebih dikenali sebagai Goonch catfish dan ikan ini dikatakan spesies yang boleh memakan manusia. Ikan ini biasanya mendiami kawasan sungai yang berbatu dan berarus laju. Diet utamanya adalah anak ikan dan serangga.
Ikan Kelah
Spesies Kelah sememangnya spesies yang tidak asing di negara kita. Spesies ini merupakan antara spesies idaman kaki pancing kerana ianya sering memberikan tentangan yang sengit sekiranya memakan umpan. Kawasan sungai atau jeram yang berbatu dan kawasan yang berarus deras merupakan habitat semulajadi ikan ini. Diet utamanya adalah krustasea, anak-anak ikan dan buah-buahan hutan. Namun begitu, ikan ini juga boleh terpedaya dengan umpan-umpan tiruan. Ikan ini juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi di negara ini. Tidak hairanlah spesies ini semakin sukar ditemui di sungai-sungai di Malaysia.
Ikan Bujuk
Bujuk atau Channa lucius merupakan spesis yang tergolong di dalam keluarga snakehead sama seperti ikan toman dan haruan. Jika dilihat bentuknya memang hampir sama seperti haruan tetapi dibezakan oleh corak dibadannya. Ikan ini semakin sukar diperolehi kerana ikan ini kebiasaannya mendiami di kawasan sungai yang jauh di dalam hutan dan ia sememangnyamerupakan aktiviti yang mencabar untuk menjerat ikan ini. Diet utamanya sama seperti haruan dan ia juga turut membedal sebarang jenis umpan tiruan yang lalu dihadapannya.
Ikan Keli Limbat @ Limbat
Ikan keli limbat yang merupakan dari keluarga Clariidae juga merupakan spesies yang semakin jarang ditemui di kawasan sungai-sungai mahupun paya di Malaysia. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa spesies ikan ini telah pun pupus, namun begitu sumber kesahihannya masih belum dipastikan. Spesies ini mendiami kawasan-kawasan sungai, alur air dan paya. Diet utama ikan ini ialah anak ikan, serangga, udang dan ianya juga turut dikenali sebagai spesies yang memakan bangkai.

15.1.15
19.10.14
19.5.14
30.7.13
9.6.13
IKAN DAN UMPAN
1) Layaran - guna ikan kembung hidup, perambut 2-3 depa bawah belon yg di ikat longar agar ia terlepas apabila disentak layaran. Perambut sekurangnya 60lb mono, tali utama 40 -50lb.
2) Tenggiri - ikan kembung hidup atau mati dicangkup dekat mulut dari bibir bawah ke atas, kalau nak lagi mujarab tambah sesudu ala orang Kedah buat lepas tu tarik dengan bot pada kadar 2-4 knot. Guna dawai 30lb sekurang nya satu kaki panjang dari mata kail, kalau tidak habis, gigi tenggiri tajam macam gergaji. Tambah pemberat dua atau tiga depa dari mata kail agar umpan Kembung tenggelam di bawah air ketika menarik dgn bot. kalau tak nak tarik dgn bot, guna kaedah hanyut, tapi Kembung kena hidup dan pakai pelampung supaya ia berada di pertengahan air, jarak 3 depa dari pelampung ke umpan.
3) Jenahak - Umpan paling best sotong Kurita kalau boleh dapat, kalau tidak sotong biasa tapi yg hidup. Umpan nombor dua udang Lipan yg fresh atau hidup. Jenahak juga bantai jig.
4) Ikan Merah - umpan ikan potong atau jig.
5) Senangin - umpan ikan potong,ikan bulu ayam hidup, udang hidup, jig, Apollo di kawasan belat, saiz 16.
6) Kurau - sama dengan Senangin tapi tak main Apollo, anak Gelama hidup pun dia bantai.
7) Gerut - udang hidup, ikan potong
8) Tebal Pipi - sama dengan Gerut
9) Gelama - pumpun, udang, ikan potong, sotong
10) Sembilang - sama dengan Gelama
11) Duri - sama dengan Sembilang
12)Belitung - ikan hidup hanyut, gewang, sotong hidup
13) GT - popper, jig
14) Sagai - jig, udang hidup, bilis
15)Kerisi - sotong,ikan potong, udang mati
16)Kerapu - gewang selaman dalam, jig, sotong, udang, ikan potong
17)Pari - ikan potong, sotong dan udang
18)Siakap Merah - gewang selaman dalam, udang hidup, ikan potong, isi siput berkulit hitam
19)Pecah Periuk - kaedah hanyut ikan potong, sotong atau udang hidup
20)Ikan Todak Marlin - sama dengan Layaran, trolling guna skirt
21.5.13
Subscribe to:
Posts (Atom)