12.10.09

TEKNIK MEMANCING

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

MEMANCING ELOK BERTEMAN


BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain.

Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam, membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing.

Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinya (Memerang)tidak dapat turun memancing dalam tempuh berbulan lamanya disebabkan bertelagah sesama sendiri.

Apa pun petua terbaik harus diambil kira dengan mengenepikan cara berfikir yang sudah tidak relevan di zaman pembangunan ini, tapi bukan semua cara lama harus dibuang.

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang nelayan veteran di Pantai Remis, Perak yang masih mengekalkan cara berkumpulan untuk turun memancing, sama ada di sungai atau laut dalam, sekali gus mengamalkan istilah lama (Jalan seorang kita mati - jalan berdua kita berkawan) lantas menolak ilmu hitam yang dipakai rakan pancing menyebabkan rezeki hilang dalam tangan, atau ikan lari ketakutan.

Tafsiran ini salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Allah yang menentukan segala apa yang terjadi bukan menggunakan ilmu hitam atau tangkal.

Untuk itu dalam segala hal yang ada hubung kait dengan memancing sama ada di sungai, tasik atau laut cara berkumpulan adalah yang terbaik dan tidak timbul untuk memikirkan pihak tertentu ada memakai ilmu hitam atau menggunakan hantu.

Petua baca selawat dan bismillah sebelum melangkah meninggalkan rumah dan baca selawat berkumpulan sebelum masuk dalam bot, Insya-Allah kita akan beroleh selamat.

KETURUNAN PARI DI LAUTAN ASIA


1. SHARK RAY
2. WHITE-SPOTTED SHOVELNOSE
RAY
3. SPOTTED SHOVELNOSE RAY
4. GOLDEN-EYED SHOVELNOSE
RAY
5. BROWN STINGAREE
6. YELLOW SHOVELNOSE-RAY
7. BLOTCHED STINGAREE
8. ORNATE NUMBFISH
9. NUMBFISH
10. EYED SKATE
11. ROUNG SKATE
12. BROWN STINGRAY
13. BROWN RETICULATED STINGRAY

14. BLACK-SPOTTED
STINGRAY
15. BLUE-SPOTTED STINGRAY
16. BLACK STINGRAY
17. COWTAIL STINGRAY
18. BLACK-BLOTCHED STINGRAY
19. BLUE-SPOTTED FANTAIL
STINGRAY
20. COACHWHIP STINGRAY
21. MANTA RAY
22. PATCHWORK STINGRAY
23. RAT-TAILED RAY
24. BARBLESS EAGLE RAY
25. SPOTTED EAGLE RAY
26. GHOST SHARK


Western Angle Shark (Kemenjan)
Habitatnya di kedalaman antara 150 - 310 meter (m) dari dasar laut
Bentuknya fizikalnya seakan jerung tetapi depannya leper
Memiliki sirip lebar yang tidak melekat antara kepala dan badan
- ekornya berbentuk tirus dan lebar

Cowtail Stingray
Habitatnya di pasir rata atau bawah lumut berhampiran tebing laut atau tasik di sebahagian besar rantau ini
Juga mudah didapati di kawasan muara paya bakau dan sungai cetek
Dikenali melalui warna kelabu-coklat kehitaman
Mempunyai dua duri berbahaya di bahagian ekor

Yellow Shovelnose-Ray (Kemenjan)
Habitatnya di bawah taburan pasir di dasar laut
Kurang bintik dan bentuk hidungnya tumpul
Panjang sekurang-kurangnya 65 sentimeter (sm)

Brown Stingaree (Tapir)
Habitatnya di bawah pasir pada kedalaman antara 150 hingga 210 m pada dasar laut
Mudah dikenali melalui bentuk hidung yang tirus dan tajam
Berwarna coklat tanpa sebarang tompok atau corak

Blotched Stingaree (Hantu)
Habitatnya di bawah pasir di kedalaman antara 200 m pada dasar laut
Memiliki pancang yang memanjang dan garis yang mengelilingi kelompok tompokan gelap
Saiz sekurang-kurangnya sehingga 29sm

Banded Numbfish (Sarban)
Habitatnya di bawah pasir
Dikenali berdasarkan bentuknya yang menyerupai berudu dengan bahagian kepala berbentuk bulat yang lebar
Memiliki dua sirip kecil di belakang badan
Berwarna coklat pudar dan sebahagian darinya berbintik
Mampu menghasilkan kejutan elektrik agak kuat

Ornate Numbfish (Sarban)
Mempunyai ciri kesamaan dengan Banded Numbfish
Bersaiz sehingga 17sm
Hanya wujud di Gulf of Carpentaria

Numbfish (Kebas)
Habitatnya di kawasan pasir yang dikelilingi rumpai
Dikenali melalui bentuknya yang agak bulat dengan bahagian bawah daun telinga juga berbentuk bulat serta dua sirip kecil
Berwarna coklat terang hingga kehitaman
Mampu menghasilkan kejutan elektrik yang kuat jika dipijak
Juga dikenali sebagai ‘Coffin Ray’
Saiz sehingga 69sm

Eyed Skate (Nyonya/Daun)
Habitatnya di bawah pasir pada kedalaman antara 60 hingga 200sm di dasar laut
Dikenali berdasarkan bentuk hidung yang runcing dengan sirip pelvik ‘bilobed’, dan satu jalur berduri di bahagian belakang tengah badan serta dua duri di bahagian tengah ekor
Bersaiz sekurang-kurangnya sehingga 20sm

Western Round Skate (Benting)
Habitatnya di bawah pasir pada kedalaman antara 150 hingga 200 sm pada dasar laut
Berbentuk agak bulat dengan sirip pelvik ‘bilobed’, tulang belakang pendek atau duri pada satu atau lebih barisan pada ekor serta dua sirip kecil di bahagian hujung ekor.
Memiliki tompok kelabu kebiruan atau kelompok tanda di belakang badan
Bersaiz sehingga 42sm

Brown Stingray (Pasir)
Habitatnya di bawah pasir di kedalaman antara 40 hingga 65m pada dasar laut.
Berbentuk seakan layang-layang dengan dua tulang belakang yang tidak serata di bahagian kepala ekor.
Berwarna kelabu coklat tanpa sebarang tanda serta bentuk hidung yang runcing
Bersaiz sekurang-kurangnya 24sm lebar dan 45 sm panjang

Brown Reticulated Stingray (Pasir)
Dibezakan dengan dua kombinasi warna iaitu serakan tompok pucat dan bintik lada sulah
Dikenali juga dengan ‘Painted Maskray’
Bersaiz sehingga 45 sm

Leopard Whipray
Habitatnya di dalam pasir pantai,atau di muara paya bakau
Memiliki duri berbisa di sepanjang ekornya
Spesis yang biasa ditemui
Bersaiz 70 sm sehingga 180 sm

Manta Ray
Habitatnya di perairan pantai atau pasir rata berdekatan terumbu karang
Spesis pari terbesar
memiliki sepasang kepak menonjal keluar di depan kepalanya
Berat mencecah dua tan dengan saiz melebihi 670 sm

PERHATIAN BUAT PEMINAT KERAPU DAN ALU ALU


SEJENIS lagi ikan berbahaya ialah jenis beracun. Ada dua jenis ikan bagi kategori ini. Pertama, ikan yang semula jadinya menyebabkan keracunan berpunca daripada bahagian luar atau organ dalaman seperti bahagian gonad (yang mengeluarkan telur atau sperma).

Contoh paling popular ialah ikan buntal (pufferfish), porcupinefish dan boxfish. Walaupun ikan ini dimakan orang Jepun melalui penyediaan oleh tukang masak berlesen.

Jenis kedua ikan beracun ialah yang menelan bahan beracun yang hidup pada batu karang mati atau alga. Racun itu dikenali sebagai ciguatera yang mengumpul pada ikan berkenaan yang kemudian dimakan ikan lebih besar seperti alu-alu, kertang dan red bass.

Simptom akibat memakan ciguatoxic kelihatan pada tempoh masa satu hingga 10 jam selepas memakannya. Mangsa akan mengalami cirit-birit selain kebas pada bibir, jari dan tangan. Kes paling buruk akan menyebabkan mangsa koma dan sesak nafas.

Tahap keracunan bergantung kepada jumlah ikan yang dimakan dan kepekatan toksid. Sebagai amalan selamat mengelakkannya, adalah bijak jika anda tidak memakan alu-alu dan red bass bersaiz besar, atau kerapu gergasi yang lazimnya dikaitkan dengan kes keracunan di rantau Asia Tenggara.

TEMAN

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.