29.6.10

TEKNOLOGI SONAR



Pernahkah anda menggunakan sonar atau fish finder. Anda kini tak perlu menunggu ikan datang lagi. Pujuklah ikan supaya datang kepada anda atau suapkan saja umpan ke dalam mulut ikan. Mudah bukan?. Jangan salahkan nasib anda tidak baik apabila tak dapat ikan, ok! fish finder di Malaysia boleh didapati pada harga sekitar RM333-RM3333. Lebih kurang le tu. Carilah yang sesuai. Alat yang menggunakan bateri ini boleh memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi. Ia menggunakan teknologi gelombang. Ingat, gelombang mempunyai frekuensi. Lebih tinggi frekuensi sonar, lebih tepatlah paparannya dan yang pastinya, lebih mahal. Suhu dan tekanan air juga ditunjukkan. Terpulang kepada anda!
Banyak dalam pasaran. Aku pernah guna cuma brand furuno, garmin, lowrance.
Kalau nak mudah alih, carik yang ada pelekat sucker kat transducer dia, boleh main lekat kat belakang bot mana-mana; senang.Tak payah nak drill kat bot orang. Sucker nie macam getah pam air kalau tandas tersumbat tu.
Single frequency murah lagi kalau dibandingkan dengan duo frequency. Narrow beam yntuk ketepatan kedalaman, wide beam mungkin [aling sesuai untuk angle tengok profile yang lebih luas dan banyak ikan...heheheh
Scrin kaler lagi mahal dari skin hitam putih. Check jugak berapa second dia baca depth semula lepas first bacaan. Nie penting. Ada termaktub kat specs dia. Harap membantu.