Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan.Cuba lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air. Masa itu emas, Bahkan lebih bernilai dari emas. Emas hilang boleh dicari, masa berlalu takkan kembali.
6.2.12
Mohon Maaf
kepada pengikut Jorangading kerana agak lama tdak update blog ini disebabkan
begitu sibuk dengan tugak-tugas harian. Kali ini dengan Lafaz Agung
”Bismillahirahmanirahim” saya hendak
memaparkan ”Port” memancing kegemaran saya. Saya amat gemar memancing pantai di
Kuantan kerana terlalu banyak pilihan untuk memancing. Selain kaya dengan
pandangan yang begitu indah serta keramahan para nelayan yang mencari rezeki.
Kita juga dapat menzahirkan rasa syukur padaNya kerana diberi kesempatan untuk
melihat keindahan pantai ciptaanNya.
DALAM 2010 JAKUB VĂGNER TELAH DIBERI
PENGHORMATAN OLEH PERSATUAN MEMANCING ANTARABANGSA (IGFA) DENGAN
JEMPUTAN UNTUK MENERBITKAN ARTIKEL TENTANG MEMANCING CONGO DALAM BUKU IGFA
TAHUNAN BAGI 2010, YANG DITERIMA BAIK DI SELURUH DUNIA.
Lokasi Kuantan
”mewah” dengan pantai-pantai yang ”sarat” dengan hasil laut pantai termasuklah
ikan pari. Walaupun ikan pari di pantai-pantai di Kuantan tidak terlalu memilih
umpan. Udang hidup, udang mati, hirisan ikan bebolos dan sotong adalah antara
umpan yang terkenal tetapi jika ingin memancing Ikan Senangin perlulah mencari
anak ikan Seliding kerana itulah kegemaran utamanya. Begitu juga kalau mahu
melayan sentapan ganas si Siakap Putih perlulah mencari umpan udang hidup,ikan
belanak,ikan bulu ayam ataupun umpan tiruan yang berkesan. Ada Pepatah Khas
saya ciptakan untuk anda semua ”Ikan tidak memilih umpan tetapi jika kita nak
memancing ikan perlulah ikut karma alam pemancing”. Bagi saya adalah 100%
adalah rezeki dari Allah yang telah ditetapkan sebagai Pemancing Muslim dan
hukum karma pemancing adalah 50% kemahiran serta lokasi, 30% bagi umpan dan 10
% bagi peralatan perang.
PESISIR PANTAI
PESISIR PANTAI
Jika ke
bandar Kuantan, tempat yang paling dekat sekali hendak memancing adalah di
kawasan Esplanade atau pun orang tempatan akan mengenalinya sebagai Benteng.
Tempatnya adalah berdepan dengan Hospital Besar Tengku Afzan. Di waktu malam
kita akan lihat ramai pemancing tempatan yang akan menghabiskan masa mereka.
Ada yang casting dan ramai yang menggunakan joran-joran surf yang membolehkan
mereka melontar umpan jauh ketengah. Tapi kini pihak MPK telah ”Swastakan” port
tersebut kepada para peniaga. Cuma diperuntukan sebilangan ”tanah” sahaja untuk
para pemancing. Tetapi kawasan ini didiami megah oleh kawanan Siakap Putih
terutamanya pada tempat pada rangka kapal. Tetapi berhati-hati kerana larian
akrobatiknya akan membuatkan anda berputih mata apabila membawa umpan anda pada
lokasi tersebut sesuai dengan namanya Siakap Putih.
LOKASI SIAKAP PUTIH
PANDANGAN WAKTU MALAM
Selain
dari Esplanade, pemancing pantai juga boleh mencuba nasib di Pantai Gelora. Ia
terletak dekat dengan kelab golf kuantan. Ramai pemancing disini memburu pari.
Saya sendiri pernah dapat seekor pari dalam saiz 3Kg dan yang lain-lain tu
hanyalah gelama dan tetuka.Lokasi amat menarik kerana bagi yang beragama Islam,
hanya beberapa langkah sahaja kita akan menemui Masjid lama yang memaparkan
senibina silam yang amat-amat memukau pandangan kita. Saya pernah singgah solat
bersama seorang yang identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Kalau
saya ceritakan nanti ramai pula yang ”cemburu”. Sekadar mengusik sahaja yer
duhai temanku ahli pemancing. Tidak perlu risau jika mahu memancing disini dari
pagi sampailah ke subuh kerana disini memang terang disulami limpahan lampu
neon yang Kerajaaan Pahang sediakan untuk kita semua disamping itu perut tidak
perlu risau kerana para peniaga akan menjalankan tanggungjawabnya kepada kita.
MASJID TAMAN GELORA/TANJUNG API
AIR MULAI PASANG
SUASANA DI TAMAN GELORA
Siapa
tidak kenal pantai peranginan Teluk Cempedak. Kawasan ini agak istimewa
terutama sekali bila ombak besar dan bendera merah dinaikkan menandakan orang
ramai tidak boleh mandi manda. Ketika ini pemancing bolehlah bermaharaja lela
menggunakan surf rod mereka untuk memancing. Jika tidak kenalah menapak sedikit
ke kawasan berbatu untuk memancing. Disini lazimnya pemancing akan menggunakan
udang hidup selain lain-lain umpan standard seperti sotong dan potongan isi
ikan.Tetapi jika mahu aksi yang mencabar akan kesabaran kita. Bolehlah memanjat
anak bukit di hujung pantai itu dan kami gelarkan ianya sebagai ”Lubuk Pari”.
Tempat yang berbatu itu amat mempesonakan pandangan kita kerana hanya pemancing
sahaja yang sanggup memanjat demi mencari seekor ikan. Pada waktu malam lagilah
meriah kerana kita semua boleh melihat mini panggung wayang yang dibiayai
sepenuhnya Kerajaan Pahang disamping itu kita boleh melawat gerai yang
menawarkan pelbagai hasil diantaranya lukisan, cenderamata,urutan tradisional
dan tidak lupa persembahan dari artis yang tidak mengejar populariti media.
TELUK CEMPEDAK
Selain
ketiga-tiga tempat di atas boleh lah juga memancing di pantai Anak Air di
Tanjung Lumpur, Pantai Batu Hitam, Gebeng dan sekitar pantai-pantai peranginan
Cherating. Pantai Batu Hitam kaya dengan kulit kerangan dan syurga bagi
pengumpul hasil tersebut disamping keropok lekor yang benar-benar asli dan air
kelapa pandan yang begitu menyegarkan tekak setelah seharian ”memburu impian”.
Harga bagi menu tersebut untuk 2 orang tidak lebih dari Rm 10.00 dan kita di
jamukan dengan tiupan bayu yang amat mendamaikan jiwa dan kita disajikan dengan
alunan desiran ombak yang memukul pantai, itu tidak perlu dibayar kerana Allah
mengurniakan kita pancaindera untuk menikmatinya dan bukan untuk merosakannya.
PANTAI BATU HITAM
BOLEH BERSANTAI SAMBIL MELIHAT ALAM YANG INDAH
Memang
seronok jika ke Kuantan kerana banyak tempat yang kita boleh pilih. Untuk
melabuhkan diri setelah penat memancing banyak kemudahan-kemudahan hotel dan
chalet dari yang murah sehinggalah yang mahal.Tetapi jangan sama sekali membawa
pasangan yang bukan mempunyai ikatan yang ”sah” untuk bermalam bersama. Sekadar
gurauan tetapi penuh dengan nasihat. Banyak juga pilihan untuk makan malam yang
kebanyakkannya berdekatan jambatan ke Tanjung Lumpur. Tetapi bagi yang inginkan
suasana romantis bersama pasangan, bolehlah membeli di kedai pilihan tersebut
dan makan bersama-sama di Padang MPK. Saya pernah bersama teman makan
bersama-sama kawan semasa kami bersekolah tetapi saya membeli juadah air tangan
dari Restoran Portugis dan kami makan bersama-sama di perkarangan Masjid Kipsas
bersama-sama Jemaah lain tetapi hanya bertemankan cahaya lilin sahaja. Memang
satu nikmat bila kita menikmati makanan bersama-sama dan kita kongsi makan
bersama-sama jemaah yang lain kerana disitulah kita akan menghargai
”nikmat”makan yang sebenar tanpa perlu kita berbelanja besar hotel-hotel mewah.
Tapi ini pandangan individu sahaja dan bukan fakta yang boleh dijadikan sebagai
rujukan.
PADANG MPK
ANA IKAN BAKAR TANJUNG LUMPUR
SELAMAT MENJAMU SELERA
MASJID KIPSAS
DIPERKARANGAN MASJID ADA TEMPAT UNTUK CLD UNTUK JEMAAH
Akhir
kata peliharalah pantai kita dan utamakan keselamatan ketika memancing.
Sokonglah Pemuliharaan Alam Sekitar SERTA jagalah sungai dan laut kerana ianya
adalah punca rezeki dan sumber protien bagi kita. Kini agak sukar mencari tempat sebegini kerana sebilangan besar sungai dan lautan di
negara ini sudah kekurangan sumber akibat kerakusan manusia mengejar
keuntungan tanpa menghiraukan hidupan yang patut dipulihara untuk
generasi depan.