Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan.Cuba lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air. Masa itu emas, Bahkan lebih bernilai dari emas. Emas hilang boleh dicari, masa berlalu takkan kembali.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
pengikut http://jorangading.blogspot.com/ semoga
dalam keadaan sihat dan sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup. Hidup tanpa
masalah adalah bukan kehidupan didunia ini malah masalah jua yang akan
mematangkan pola pemikiran kita. Ketika Admin mengarang ini pun masih dalam
keadaan yang tidak stabil tetapi demi menyampaikan info menarik buat kaki
pancing semua, Admin gagahi jua. Walaupun suasana tempat kerja yang Admin
berkhidmat sekarang ini tidak sama seperti tahun 2006 dahulu tapi kita sebagai
pekerja haruslah mematuhi arahan yang telah Kementerian keluarkan tetapi jangan
pula sangka "kami" semua akan ikuti semua arahan tersebut sebab
"kami" pun manusia dan bukan mesin yang tidak mempunyai emosi dan
hati. Malah kami berani melawan jika arahan yang tidak munasabah dan tidak
masuk akal serta kami jua tidak takut kehilangan jawatan jika perbuatan yang
kami buat itu benar. Ok lah semua hari ini Admin ada nak berkongsi sedikit info
mengenai UDANG LIPAN. Pernah lihat dan rasai tak makhluk ini?
Udang lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya
hemisquilla ensigera (odontodactylus sp.) Cukup dikenali di kalangan pemancing
laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan
merah, jenahak dan kerapu. Udang lipan, udang ketak dan udang mentadak atau
nama saintifiknya hemisquilla ensigera (odontodactylus sp.). Cukup dikenali di
kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup
untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu. Habitatnya yang
mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar pantai timur semenanjung
dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana
keberkesanannya menjerat ikan terbabit.
Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang
mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang
penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter. Bersifat
karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di
celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan
teknik penyamaran.
Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang
hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.Dalam
industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan
akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di
restoran yang menyediakannya. Dalam arena memancing pula, cara udang
ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya
dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut.
Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang
dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.