4.8.09

KELUARGA KERAPU















CARA MEMBURU SIAKAP/KAKAP/SEABASS

Sebenarnya saya tak tahu nak letak topik nih kat mana sebab ikan seabass ni hidup diantara air masin dan air payau. Jika ada nasihat yang lebih arif silalah beritahu kepada saya. Untuk makluman segala teknik dan tips yang ditulis disini adalah gaya permainan Seabass di Jepun, mungkin ianya tidak sesuai untuk dimanipulasikan di Malaysia, jika ada diantara teknik dan tips disini yang boleh dijadikan rujukan angler-angler di Malaysia saya berasa berbesar hati untuk berkongsi maklumat ini. Harap maklum.

Pendahuluan

Akhirnya terjawab juga persoalan saya mengenai ikan Seabass di Malaysia. Dari pengetahuan saya yang cetek, saya tidak sangka yang seabass itu dipanggil siakap atau kakap di Malaysia. Terima kasih kepada otai-otai di Malaysia yang memberi maklumat yang terperinci mengenai habitat seabass di Malaysia.

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kegiatan Seabass fishing di Jepun ini. Sukan ini merupakan salah satu sukan yang begitu popular di kalangan muda mudi di Jepun ini. Ianya lebih dikenali sebagai "Seabassing" di kalangan pemancing di sini. Saya juga turut menyertai sukan ini setelah di ajak oleh rakan sekerja saya untuk memulakan sukan ini. Dan apabila turun ke pantai, ramai peminat seabass akan berdiri di sepanjang pantai di waktu malam untuk memburu ikan ini. Sekaligus menemukan saya dengan sifu-sifu Jepun yang tidak kedekut ilmu untuk mengajar teknik-teknik memancing Seabass ini dengan menggunakan gewang.

Di sini saya ingin memperkenalkan jenis-jenis Siakap yang terdapat di Jepun. Ada 3 jenis siakap yang biasa di temui di sini. Mereka juga lebih dikenali sebagai Asian Seabass. Di bawah adalah diantara muka-muka yang sentiasa menjadi buruan Seabasser (pemancing seabass).


1.Hira-suzuki (Lateolabrax latus).
Jenis seabass yang biasa di pancing di kawasan pantai berbatu. Waktu memancing yang paling sesuai ialah waktu siang, di sini lebih dikenali sebagai 'Day Game'. Ikan ini suka menyorok di bawah buih putih yg terhasil apabila ombak menghempas. Hira-suzuki tidak banyak masuk ke kawasan air payau atau muara sungai. Mereka lebih menggemari kawasan pantai atau cerunan batu yang dalam. Biasanya mereka akan muncul pada ketika ombak melebihi 2.0m. Seabas jenis ini boleh membesar sehingga 1.5m menjangkau berat lebih 20kg. Saya ada membaca majalah disini dimana seorang angler menangkap seabass melebihi berat 20kg dengan hanya menggunakan PE 1 (10lb) dan shock leader 20lb. Berapa jangkamasa untuk beliau me'landing'kan ikan tersebut tak tahu le.
Ianya seperti mimpi untuk menangkap ikan ini dalam Lanker size (size bapak) dan merupakan buruan utama sebasser disini.

2.Tairiku-suzuki
Tairiku bermakna daratan dalam bahasa Melayu. Jenis seabass ini biasanya suka tinggal di kawasan muara sungai. Beza ikan ini dengan yang lain ialah mereka mempunyai bintik hitam di badan mereka. Jenis ini tidak begitu popular di kalangan seabasser disini kerana agak sukar untuk menemuinya. Saya pernah tangkap ikan ini sekali sahaja, tapi saya begitu tertarik dengan warna dan corak di badan ikan ini.

3.Maru-suzuki.
Ini adalah jenis Seabass yang paling popular di kalangan sebasser disini. Mengapa ianya di panggil maru (bulat), ini ialah kerana badannya yang agak bujur. Waktu memancing yang paling sesuai di Perairan Laut Jepun waktu malam, di perairan North Pacific siang dan malam. Di kawasan pantai yang mengadap lautan North Pacific maru-suzuki suka memasuki kawasan pelabuhan-pelabuhan dan sungai2 kecil di sekitar bandar Tokyo dan Osaka. Oleh itu tidak hairanlah seabass ini boleh dipancing dari kawasan tengah-tengah metropolitan itu. Jika kita naik monorel di Tokyo, kita akan biasa berjumpa dengan kaki Seabass di bawah pile monorel itu. Ya mungkin benar seperti yang diperkatakan oleh Bro Wahoo, dimana ikan itu pernah ditemui di kotaraya Kuala Lumpur. Ini kerana mereka suka berenang di kawasan sungai, mereka akan pulang ke laut dalam untuk mengawan dan bertelur.

Di kawasan laut Jepun (mengadap korea dan rusia, field seabass saya) seabass jenis ini mudah ditemui di kawasan pantai yang landai, muara sungai dan juga di hulu sungai. Saya aktif menjalankan kegiatan ini di kawasan pantai. Jenis ini mudah dipancing apabila ombak melebihi 1.0m. Kita akan menghadapi masalah untuk mencari lubuk ikan ini, memandangkan kawasan pantai yang luas sukar untuk kita mengagak di mana mereka bersembunyi.

Teknik memancing seabass.

Saya ingin menceritakan tentang teknik-teknik yang saya pelajari dr otai2 Jepun disini, (saya tidak bermaksud untuk mengajar, mungkin ramai yang dah tahu ataupun teknik2 ini sudah lama dipelopori oleh otai2 di Malaysia, jika salah maafkan saya). Teknik yang ingin saya sebutkan di sini adalah teknik yang agak berkesan untuk shore game (pemancingan pantai), untuk pemancingan daripada reef ataupun pelabuhan caranya agak berbeza. Begitu juga teknik memancing di kawasan muara juga agak berbeza. Saya cuma berpengalaman di dalam Shore Game sahaja dan teknik ini lebih dikenali sebagai 'Teknik Angler Laut Jepun'. Diantara teknik-teknik itu ialah:

Teknik Run and Gun

Langkah pertama gunakan teknik Run and Gun (tak pasti ejaan nih betul ke tidak). Teknik ini memerlukan kita berjalan sambil melontar gewang di sepanjang pantai. Ini adalah teknik untuk kita selidiki keadaan laut pada hari itu. Ke arah mana arus masin bergerak, dimana adanya current (arus kembali) dan juga yg paling penting dimana adanya patukan ikan pada gewang. Saya suka menggunakan gewang yang agak besar bersaiz 14cm sebagai pilot lure untuk mengkaji keadaan laut pada hari itu. Apabila mendapat patukan ikan pada sesuatu tempat, saya akan kerap menukar gewang untuk menepati jenis dan saiz bait pada hari itu. Teknik ini dipanggil 'Match the Bait'.


Teknik Match the Bait

Saya biasa membuat kajian tentang jenis bait pada hari itu dengan menyiang perut Seabass apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana kita tidak dapat melihat bait yg berkumpul pada waktu itu kerana waktu malam. Oleh itu penting untuk kita mengetahui bait apa yang di baham oleh seabass pada hari itu, sekaligus memudahkan kita untuk memilih lure yang menepati bait pada hari yang berikutnya. Saya pernah lihat anak ikan sardin dalam perut seabass sebesar 9cm, Olh itu saya akan guna gewang yang sama warna, pergerakan dan saiz dengan anak ikan sardin itu pada hari berikutnya, ternyata teknik ini amat berkesan. Kebiasaannya lubuk seabass akan berkekalan sepanjang 2-3 hari selagi ombak besar tidak mengubah struktur pantai pada minggu itu. Perlu diingatkan bahawa struktur pantai berubah setiap hari bergantung kepada fenomena ombak.

Fenomena Ombak dan Arus Masin

Jika kita merenung dan meneliti keadaan ombak di pantai, kita dapat lihat beberapa kawasan ombak tidak bergulung. Mengapa fenomena ini berlaku? Ini adalah kerana pergerakan gelombang ombak yang dibawa ke pantai akan kembali menuju ke arah laut. Ini menyebabkan gelombang ombak dari pantai akan bertembung dengan arus kembali ini menyebabkan ombak susah untuk bergulung. Arus kembali ini mempunyai kelebaran seluas 10-30meter dan juga bergerak selaju 2.0m/s. Oleh itu kita biasa dengar orang biasa lemas dibawa arus deras ke arah laut walaupun pantai itu cetek. Arus deras itu adalah disebabkan oleh fenomena current ini.

Faktor current dan juga pergerakan arus masin merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan yang sesuai. Ini adalah kerana ikan suka berenang dan berkumpl merentangi arus yang berlawanan. Oleh itu jika kita lontar gewang, dan karau, jika kita dapat merasakan gewang tu berat semacam jek, bermakna disitulah adanya current ataupun arus masin.

Faktor ombak

Faktor ombak juga memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan. (Saya pernah menulis perkara ini di salah satu tajuk mengenai gewang Red Head kalau tak silap saya). Kita boleh lihat ombak putih mula bergulung dari kawasan tengah pantai, dan akan menghempas di pantai, di kawasan permulaan gulungan ombak itulah merupakan sempadan kawasan landai dan dalam, ianya juga dipanggil sebagai Break Point ataupun Break Off. Jika kita pandai melontar gewang di belakang ombak yang mula bergulung, peluang untuk mendapatkan patukan ikan adalah cerah. Ini adalah kerana anak-anak ikan suka berkumpul di kawasan ombak yg menghempas di tengah pantai, ombak yang menghempas akan menggaulkan pasir di kawasan yang landai sekaligus menghasilkan plankton-plankton yang menjadi makanan anak-anak ikan ini, Seabass suka menyorok di bawah buih putih ombak yang terhempas, oleh itu mereka akan membaham anak-anak ikan yang asyik dengan plankton-plankton tadi. Sebab itulah jika kita melontar gewang di kawasan ombak yang mula bergulung kita akan mendapat chances patukan ikan sekaligus menipu seabass untuk memakan gewang kita

JADUAL PASANG SURUT AIR

PUISI IKAN

Akulah ikan yg sedang berenang ..
di samudra luas mencari makan..
berenang diantara karang dan harta tenggelam


O..akulah ikan yang menyelam dalam
lalu menyembul ke permukaan,
dan engkau ..




engkaulah nelayan yg sedang mencari ikan..
kau tebarkan jaringmu tapi aku tak mau masuk
karena jaringmu mengurung..
tak membebaskan..




Hingga akhirnya kau pun bosan,
jaringpun kau campakkan,
pancing kau keluarkan,
umpan kesukaanku,
kau kaitkan




O..mata pancing mu berpendar-pendar,
menarik ku ke permukaan,
dan..byuur!..umpanmu menyelam,
menebar aroma seharum bunga,
wangi itu begitu dahsyat,
aku tertarik begitu kuat..




umpanmu kekejar dan haaap!..kulahap senang
tapi kenapa aku tak jadi kenyang?




tapi kenapa aku malah melayang..
mengapung-apung kepermukaan?


tersadar aku terlambat..
bayangan mu sudah mendekat..
tersadar aku terikat..
dekapanmu begitu kuat..
jangankan bergerak..
bernapas-pun aku tak dapat..


kini aku cemas berharap..


selamatkan aku O..nelayan..
sayangi aku O..nelayan..




nanti engkau 'kan kutunjukkan..
harta-karun didasar lautan..


sebab ..O..nelayan..
apa arti ikan tanpa nelayan?




karena ..O..nelayan..
apa arti nelayan tanpa ikan?

29.7.09

MAKAN,MAKAN,MAKAN

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main belasah aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

JANGAN MAKAN

SUSU + DAGING Jangan makan DAGING + IKANJangan makan IKAN + SUSUJangan makan AYAM + SUSUJangan makan IKAN + TELURJangan makan IKAN + DAUN SALADJangan makan SUSU + CUKAJangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.#
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaah. Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita

28.7.09

MOYANG KERAPU




BESAR SUNGGUH SI KERAPU INI..BILA DAH BESAR, SECARA AUTOMATIK DITUKAR NAMANYA...KERTANG
Publish Post

23.7.09

SENARAI JUTAWAN DUNIA

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)


2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)


3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)


4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)


5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)


6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)


7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)


8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India


9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman


10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)


11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)


12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)


13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)


14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)


15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.


16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.


17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)


18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)


19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)


20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

22.7.09

MAKANAN ANTI KOLESTROL ( SESUAI MENJADI SANTAPAN DI ATAS BOT)

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses.
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat
galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya
kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan
kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn
zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan
kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis
labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan
kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling
banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum
jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku
lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan
kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak
merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan
jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya
mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan
kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan
bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol
anda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi
memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan
ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi
mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,
jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

JIGGING SKILL

Semua ni da ckit cerita 3 budak baru belajar jggng
2 mggu lepas 3 budak baru belajar buat trip mengejut.....kat karang besi(pelantar minyak)
Budak pertama: Joll
Budak kedua: Saab
Budak Ketiga: Johari.


















PEMANCING SEANTERO LOKASI








21.7.09

PERHATIAN BUAT KAKI PANCING




Malaysia 20 Julai - Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai.

Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.

"Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kami dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi," kata pengurus agensi pakar pelancongan Eclipse City yang berpusat di Jerman, Federico Borgmeyer.

Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena 'raksasa'.

Jumlah sinaran suria ini akan menjadi berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, telah mengaburkan pancaran sepenuhnya.

Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau 'keseluruhan', apabila matahari dilitupi sepenuhnya.

Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama enam minit dan 39 saat, ia merupakan satu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.

Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia).

Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Persinggahan seterus gerhana itu adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum.

Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi.

Sebanyak 50 peratus atau lebih bagi anggaran dua bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para petani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya. - AFP

Gerhana Matahari 22 Julai & Ramalan TSUNAMI?

Gerhana matahari akan berlaku buat kali kedua tahun ini pada 22 Julai nanti. Gerhana jenis anular ini bagaimanapun tidak akan dapat dilihat sepenuhnya bagi penduduk Malaysia. Gerhana matahari penuh hanya akan dapat dilihat di Shanghai dan wilayah-wilayah disekitarnya sahaja pada hari tersebut.

Fenomena gerhana kedua bagi tahun ini begitu menarik perhatian ramai umat manusia diseluruh dunia, kerana ramalan TSUNAMIE yang turut muncul bersamanya. Sekian ramai pihak tampil membuat kenyataan rambang bahawa sebuah lagu tsunamie akan melanda dunia pada hari kejadian gerhana itu nanti. Pengkhabaran ini dengan pantas tersebar ke seluruh dunia dan berjaya mempengaruhi ramai pihak.

Adakah akan berlaku satu lagi tsunami? anda tunggu dan lihat....

Terdapat khabar angin yang tersebar luas ketika ini, mengatakan akan berlakunya satu tsunami yang dahsyat pada 22 Julai 2009, pada hari berlakunya gerhana matahari kedua bagi tahun 2009 ini. Dikatakan akan berlakunya 3 gempa bumi bawah laut yang melangkaui bacaan 7 pada skala Richter di perairan luar pantai Taiwan, barat Jepun dan di gugusan kepulauan Pasifik Selatan, yang masing-masing berada dalam lingkungan laluan gerhana.

Ramalan mengatakan kejadian ini akan berlaku sekitar 3pm-7pm (tempoh gerhana) bakal mengakibatkan bencana yang besar di negara-negara sekitar termasuk Sabah & Sarawak di Malaysia.

Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini wajar diragui kerana sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh agensi-agensi meteorologi & kaji bumi dari mana-mana negara, kecuali sedikit kenyataan dari seorang professor fizik, Universiti Tokyo yang meramalkan kejadian ini tanpa apa-apa asas atau kajian lanjut.

Apapun, bumi kita ini sudah semakin lanjut usianya. Dan, gempa bumi yang semakin kerap dan silih berganti berlaku di Timur telah lama di ceritakan sebagai salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Sebagai manusia, kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua ujian Allah dalam apa jua situasi dan bentuk.




***kepada peminat kaki pancing laut/laut dalam, diharap dapat berhati-hati dan berjaga-jaga dengan fenomena ini....