13.3.12

IKAN TERUBUK PANGGANG from Nanie



Ikan terubuk memang sedap dipanggang atau di bakar . Walaupun banyak tulang tapi saya suka makan ikan terubuk.Sebabnya isi ikan terubuk sangat lemak , manis dan sedapppp sangat.

Selalunya selepas selesai membersih ikan , saya akan tarik ikan ni supaya semua tulang ikan menjadi lurus .Ini ada lah petua saya dapat dari sapa saya dah tak ingat , tujuan supaya mudah kita nak pilih dan buang tulang masa proses nak makan la . Caranya ialah - tangan kiri pegang kepala ikan masukkan jari sikit bawah pipi ikan la dan tangan kanan pegang ekor ikan dan tarik secara perlahan sebanyak 3 kali . Ikan terubuk juga tak boleh di panggang terlalu lama nanti isinya jadi kering .

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan terubuk

Ikan di lumur dengan serbuk kunyit , garam dan sedikit minyak masak (supaya ikan tak melekat pada frying pan)


CARA MEMANGGANG IKAN :

Panas kan frying pan atau grill pan , letak minyak dalam 1 sudu kecil( boleh tambah kalau kering sangat) . Pastikan frying pan betul-betul panas kalau tak kulit ikan akan melekat dan ikan susah di terbalikkan.

Letakkan ikan perlahan-lahan dalam frying pan . Pastikan api dapur sederhana besar jangan guna api yang besar nanti ikan cepat hangit dan jadi kering . Tutup sekejap dengan penutup periuk yang besar dalam 10 minit lepas tu buka dan terbalikkan ikan perlahan gunakan senduk leper yang besar. Lepas 10 minit terbalikkan lagi ikan dan penutup periuk boleh di buka terus.

Selepas 45 minit di panggang ikan pun dah masak . Kalau nak tau ikan dah masak , cucuk la isi ikan dengan garpu atau cuit sikit dan rasa ( selalunye ikan terubuk ambil masa lama sikit dalam 45 minit - 1 jam bergantung pada saiz ikan) .

Bila dah selalu panggang ikan kita akan tau macam mana rupa ikan yang dah masak . Selamat mencubanye.


AIR ASAM
BAHAN-BAHAN DIMAYANG NIPIS :

2 biji bawang besar
2 cili merah -ikut selera banyak mana nak .

2 sudu besar asam jawa segera
2 cm belacan
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Sebijik limau kasturi
1 sudu besar kerisih

CARA MEMBUATNYA:

Satukan bawang , cili merah , air asam jawa , belacan dan gula di dalam mangkuk , kacau rata . Lepas tu masukkan air limau nipis , kerisik dan garam . Kacau lagi , dah pun siap selamat mencuba ye .

15.2.12

KHAS BUAT TATAPAN HELMI YANG BERTUGAS DI LUBNAN. KEPULANGAN MU DINANTIKAN KAMI

Selamat Berjuang Junior dan Brother

Tak rindukan sentapan ikan Pahang ke?

Renunglah Mie selagi mampu

Tentu kau rindukan Malaysia kan?

Cantik negara orang tetapi cantik lagi negara kita

Sedih jer muka

Hayunan Keramat Membelah Hening

BYBLOS...IN LEBANON

6.2.12


Mohon Maaf kepada pengikut Jorangading kerana agak lama tdak update blog ini disebabkan begitu sibuk dengan tugak-tugas harian. Kali ini dengan Lafaz Agung ”Bismillahirahmanirahim”  saya hendak memaparkan ”Port” memancing kegemaran saya. Saya amat gemar memancing pantai di Kuantan kerana terlalu banyak pilihan untuk memancing. Selain kaya dengan pandangan yang begitu indah serta keramahan para nelayan yang mencari rezeki. Kita juga dapat menzahirkan rasa syukur padaNya kerana diberi kesempatan untuk melihat keindahan pantai ciptaanNya.
DALAM 2010 JAKUB VÁGNER TELAH DIBERI PENGHORMATAN OLEH  PERSATUAN MEMANCING ANTARABANGSA (IGFA) DENGAN JEMPUTAN UNTUK MENERBITKAN ARTIKEL TENTANG MEMANCING CONGO DALAM BUKU IGFA TAHUNAN BAGI 2010, YANG DITERIMA BAIK DI SELURUH DUNIA.



Lokasi Kuantan ”mewah” dengan pantai-pantai yang ”sarat” dengan hasil laut pantai termasuklah ikan pari. Walaupun ikan pari di pantai-pantai di Kuantan tidak terlalu memilih umpan. Udang hidup, udang mati, hirisan ikan bebolos dan sotong adalah antara umpan yang terkenal tetapi jika ingin memancing Ikan Senangin perlulah mencari anak ikan Seliding kerana itulah kegemaran utamanya. Begitu juga kalau mahu melayan sentapan ganas si Siakap Putih perlulah mencari umpan udang hidup,ikan belanak,ikan bulu ayam ataupun umpan tiruan yang berkesan. Ada Pepatah Khas saya ciptakan untuk anda semua ”Ikan tidak memilih umpan tetapi jika kita nak memancing ikan perlulah ikut karma alam pemancing”. Bagi saya adalah 100% adalah rezeki dari Allah yang telah ditetapkan sebagai Pemancing Muslim dan hukum karma pemancing adalah 50% kemahiran serta lokasi, 30% bagi umpan dan 10 % bagi peralatan perang.
PESISIR PANTAI

PESISIR PANTAI


Jika ke bandar Kuantan, tempat yang paling dekat sekali hendak memancing adalah di kawasan Esplanade atau pun orang tempatan akan mengenalinya sebagai Benteng. Tempatnya adalah berdepan dengan Hospital Besar Tengku Afzan. Di waktu malam kita akan lihat ramai pemancing tempatan yang akan menghabiskan masa mereka. Ada yang casting dan ramai yang menggunakan joran-joran surf yang membolehkan mereka melontar umpan jauh ketengah. Tapi kini pihak MPK telah ”Swastakan” port tersebut kepada para peniaga. Cuma diperuntukan sebilangan ”tanah” sahaja untuk para pemancing. Tetapi kawasan ini didiami megah oleh kawanan Siakap Putih terutamanya pada tempat pada rangka kapal. Tetapi berhati-hati kerana larian akrobatiknya akan membuatkan anda berputih mata apabila membawa umpan anda pada lokasi tersebut sesuai dengan namanya Siakap Putih.

LOKASI SIAKAP PUTIH

PANDANGAN WAKTU MALAM

Selain dari Esplanade, pemancing pantai juga boleh mencuba nasib di Pantai Gelora. Ia terletak dekat dengan kelab golf kuantan. Ramai pemancing disini memburu pari. Saya sendiri pernah dapat seekor pari dalam saiz 3Kg dan yang lain-lain tu hanyalah gelama dan tetuka.Lokasi amat menarik kerana bagi yang beragama Islam, hanya beberapa langkah sahaja kita akan menemui Masjid lama yang memaparkan senibina silam yang amat-amat memukau pandangan kita. Saya pernah singgah solat bersama seorang yang identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Kalau saya ceritakan nanti ramai pula yang ”cemburu”. Sekadar mengusik sahaja yer duhai temanku ahli pemancing. Tidak perlu risau jika mahu memancing disini dari pagi sampailah ke subuh kerana disini memang terang disulami limpahan lampu neon yang Kerajaaan Pahang sediakan untuk kita semua disamping itu perut tidak perlu risau kerana para peniaga akan menjalankan tanggungjawabnya kepada kita.



MASJID TAMAN GELORA/TANJUNG API

AIR MULAI PASANG
SUASANA DI TAMAN GELORA

Siapa tidak kenal pantai peranginan Teluk Cempedak. Kawasan ini agak istimewa terutama sekali bila ombak besar dan bendera merah dinaikkan menandakan orang ramai tidak boleh mandi manda. Ketika ini pemancing bolehlah bermaharaja lela menggunakan surf rod mereka untuk memancing. Jika tidak kenalah menapak sedikit ke kawasan berbatu untuk memancing. Disini lazimnya pemancing akan menggunakan udang hidup selain lain-lain umpan standard seperti sotong dan potongan isi ikan.Tetapi jika mahu aksi yang mencabar akan kesabaran kita. Bolehlah memanjat anak bukit di hujung pantai itu dan kami gelarkan ianya sebagai ”Lubuk Pari”. Tempat yang berbatu itu amat mempesonakan pandangan kita kerana hanya pemancing sahaja yang sanggup memanjat demi mencari seekor ikan. Pada waktu malam lagilah meriah kerana kita semua boleh melihat mini panggung wayang yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Pahang disamping itu kita boleh melawat gerai yang menawarkan pelbagai hasil diantaranya lukisan, cenderamata,urutan tradisional dan tidak lupa persembahan dari artis yang tidak mengejar populariti media.

TELUK CEMPEDAK
Selain ketiga-tiga tempat di atas boleh lah juga memancing di pantai Anak Air di Tanjung Lumpur, Pantai Batu Hitam, Gebeng dan sekitar pantai-pantai peranginan Cherating. Pantai Batu Hitam kaya dengan kulit kerangan dan syurga bagi pengumpul hasil tersebut disamping keropok lekor yang benar-benar asli dan air kelapa pandan yang begitu menyegarkan tekak setelah seharian ”memburu impian”. Harga bagi menu tersebut untuk 2 orang tidak lebih dari Rm 10.00 dan kita di jamukan dengan tiupan bayu yang amat mendamaikan jiwa dan kita disajikan dengan alunan desiran ombak yang memukul pantai, itu tidak perlu dibayar kerana Allah mengurniakan kita pancaindera untuk menikmatinya dan bukan untuk merosakannya.
PANTAI BATU HITAM

BOLEH BERSANTAI SAMBIL MELIHAT ALAM YANG INDAH
Memang seronok jika ke Kuantan kerana banyak tempat yang kita boleh pilih. Untuk melabuhkan diri setelah penat memancing banyak kemudahan-kemudahan hotel dan chalet dari yang murah sehinggalah yang mahal.Tetapi jangan sama sekali membawa pasangan yang bukan mempunyai ikatan yang ”sah” untuk bermalam bersama. Sekadar gurauan tetapi penuh dengan nasihat. Banyak juga pilihan untuk makan malam yang kebanyakkannya berdekatan jambatan ke Tanjung Lumpur. Tetapi bagi yang inginkan suasana romantis bersama pasangan, bolehlah membeli di kedai pilihan tersebut dan makan bersama-sama di Padang MPK. Saya pernah bersama teman makan bersama-sama kawan semasa kami bersekolah tetapi saya membeli juadah air tangan dari Restoran Portugis dan kami makan bersama-sama di perkarangan Masjid Kipsas bersama-sama Jemaah lain tetapi hanya bertemankan cahaya lilin sahaja. Memang satu nikmat bila kita menikmati makanan bersama-sama dan kita kongsi makan bersama-sama jemaah yang lain kerana disitulah kita akan menghargai ”nikmat”makan yang sebenar tanpa perlu kita berbelanja besar hotel-hotel mewah. Tapi ini pandangan individu sahaja dan bukan fakta yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

PADANG MPK

ANA IKAN BAKAR TANJUNG LUMPUR

SELAMAT MENJAMU SELERA

MASJID KIPSAS
DIPERKARANGAN MASJID ADA TEMPAT UNTUK CLD UNTUK JEMAAH





Akhir kata peliharalah pantai kita dan utamakan keselamatan ketika memancing. Sokonglah Pemuliharaan Alam Sekitar SERTA jagalah sungai dan laut kerana ianya adalah punca rezeki dan sumber protien bagi kita. Kini agak sukar mencari tempat sebegini kerana sebilangan besar sungai dan  lautan di negara ini sudah kekurangan sumber akibat kerakusan manusia mengejar keuntungan tanpa menghiraukan hidupan yang patut dipulihara untuk generasi depan.

24.1.12

(JUADAH ISTIMEWA BUAT KITA) N.A.P.C Nur’s A Polkadot Cake @ Nur's Bintu Alias

LadyBird Polkadot



Apa itu N.A.P. C ?

Nur’s A Polkadot Cake @ Nur's Bintu Alias  adalah 100 % buatan yang terjamin kebersihan dan di yakini bahan dalam pembuatannya. Pembuatan secara manual bagi memastikan kualiti dan kepuasan pelanggan yang inginkan apam polkadot yang benar-benar 100% "Home Made". Harga  yang kami tawarkan adalah amat-amat berpatutan serta flexsible dengan harga pasaran pada masa kini.


Kenapa memilih N.A.P. C ?

N.A.P. C  adalah 100% perniagaan yang dimiliki oleh Bumiputera serta diyakini Halal. Perniagaan Warisan Keluarga ini adalah 100% dijalankan di rumah dan bersedia untuk menerima tempahan dari anda semua.

N= Nur’s adalah nama ahli keluarga perempuan kami dan Nur adalah ”Cahaya” dalam bahasa syurga. Kami memilih Nur’s kerana mahukan Pelanggan mudah mengingati Produk yang kami tawarkan.

A= Adalah pangkal nama ahli keluarga perempuan kami, A jua melambangkan tahap kebersihan yang paling terbaik dan A jua adalah simbolik kepada yang terbaik dan A jua untuk apam.

P= Polkadot adalah produk utama yang kami akan persembahkan kepada anda semua.

C= Cake adalah target kami untuk pasaran yang akan mendatang.
 
N.A.P.S Menerima Tempahan dari Semenanjung Melalui Perkhidmatan Pos

-Cara Tempahan Inbox Detail :
ainum999@yahoo.com
-Kod:
-Kuantiti (Biji@Peket)
-Perisa:
-Alamat:
-No Tel:
-Tarikh Yg Dikehendaki:
Atau SMS kami Untuk  Tempahan 013-9924209/013-3602946 (Nur's)
Sila Hubungi untuk membuat pengesahan tempahan dan penerimaan.



Apam Polkadot Sesuai Untuk

-Majlis Pertunangan
-Majlis Hari Jadi
-Perayaan
-Kenduri
-Jamuan untuk  apa jua Majlis Formal atau Separa Formal
-Doorgift
-Kami juga menerima tempahan dari Sektor Awam atau Swatsa yang inginkan kuantiti yang banyak.



Warna dan Inti mengikut Citarasa Pelanggan
Coklat, Strawbery, Blueberry, Kaya, Pandan dan Oren

Pilihan Corak
Dot Dot, Ladybird, Angry Bird, Bee, Smile, Buah-Buahan, Oren,Strawbery & Manggis


Harga Apam Polkadot

Harga Apam Corak Dot-Dot
(Filling)
-50 biji Rm 20.00
-100 biji Rm 30.00


Harga Apam Yang Bercorak Lain
(Filling)
-50 biji Rm 22.00
-100 biji Rm 33.00
 

 
Siap Untuk Menemui Pelanggan
Pos Laju dikenakan Cas Tambahan mengikut berat produk dan dijangka tiba dalam  masa sehari atau 2 hari selepas hari pembayaran dan mengikut kawasan penghantaran.

Sila like pada FB "NAPC" : Apam Polkadot Nur's Bintu Alias
Untuk Keterangan Yang Lebih Lanjut 
Dan Mendalam

1.12.11

PENANGAN IKAN SEMILANG



SATU perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu di potong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
SATU perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu di potong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.

Duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.

Kita (pemancing) kadang-kadang terlupa untuk mematahkan duri (sengat) spesies ikan mayung, pari, baung, keli, sembilang atau spesies ikan-ikan lain yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.

Kadang-kadang kita kurang waspada kerana tidak memotong dengan berhati-hati hujung duri atau sengat sudah dipotong masih mempunyai tunggul yang masih berbisa. Tunggul ini berbahaya jika tertusuk.

Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.

Jika terkena bisa sapukan getah betik muda atau tumbuk halia pada tempat yang terkena sengat. Bagaimanapun lebih baik berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Namun dalam apa juga keadaan anda sendiri perlu menentukan semua ikan berduri (ada sengat) dipotong hingga tahap maksimum.

Duri sengat ikan yang berbisa ada yang membawa maut, justeru anda pemancing sentiasa awasi bahaya ini.

Mengikut pengalaman saya 18 Nov 2011 yang pernah disengat (Ikan Semilang) kerana kecuaian saya sendiri, selepas tertusuk sengat hidup tersebut, teruslah pergi ke Hospital atau Klinik untuk mendapatkan Vaksin  sengatan. Itu sahaja penawar bagi sengatan tersebut. Saya kena 3 suntikan bagi meneutral bisa tersebut. Saya menahan bisa hampir 5 jam dan akhirnya tewas kerana tidak tahan. Kesakitan ketika tulang lengan saya terputus akibat kemalangan yang lepas,mampu saya bertahan tetapi sengatan bisa ikan ini lagi sakit, 2 hari baru saya sembuh sepenuhnya. Potonglah sengat sebelum membuka mata kail pada mulut ikan. Kisahnya bermula dengan rancangan yang diatur rapi oleh Azmany dan Hafizul. Bekalan umpan dibeli dari pembekal umpan udang hidup,lokasi memburu adalah di kawasan Jeti Polis Marin Wilayah 3 Kuantan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk memandangkan lokasi tersebut adalah kawasan keselamatan.Jam 0800 malam joran salah seorang dari anggota kami telah di sentap mangsa dan selepas ikan tersebut berjaya didaratkan saya dengan "ikhlas" menawarkan bantuan untuk membuka mata kail pada mulut ikan tersebut. Seperti lagak seorang pahlawan lah konon-kononya dengan memijak pada belakang kepala ikan tersebut secara tiba-tiba sengat tersebut di "aktifkan" dan menembusi selipar yang dipakai. Ya Allah pada ketika itu terus terduduk kerana bisa telah menjalar,jari kaki terus memancutkan darah sambil ada suara-suara yang memerli "dulu suka sangat memakan ikan semilang,apa salahnya kali ini semilang pula bagi makan bisanya" hanya kawan-kawan yang memahami sahaja yang tahu.Terima Kasih buat seseorang yang sudi bagi semangat dan "paksaan" supaya pergi ke Hospital.

17.5.11

PATIN BUAH SUNGAI PAHANG YABG TEWAS PADA "Ajiking Pro Series"



Tarikh : 17 Mei 2011
Jam Operasi : 0645 pagi hingga 0450 petang
Jam Bertarung : 11.15 pagi
Joran : Sure Catch(9 kaki)
Gear : Ajiking Pro Series
Perambut : Spider 50Lbs
Tali Utama : Spider 50Lbs (Blue Black)
Mata : Fire Eagle 14
Umpan : Roti Goreng Inti Kelapa, Cengkerik, Umbut Kelapa, Buah Ara separuh masak.
Berat : 30.86 Lbs
Panjang : 3 kaki 3 inci

5.5.11

KEROPOK SEGERA BERSIRA..PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA



HARGA BIASA  SETIAP UNIT RM 1.50-RM 2.00(UNTUK PASARAN TEMPATAN)

HARGA KAMI RM 30 UTK 1 BUNDLE
1 BUNDLE ADA 30 UNIT

HUBUNGI : 0109003762 NAIM
EMAIL : matju30@yahoo.com

12.4.11

IKAN APAKAH INI???



Ikan ini berjaya dipancing di Sg Pahang dan ahli komplot membuat kata putus untuk melepaskan kembali kerana tidak mengetahu akan spesisnya...Minta bantuan ahli-ahli yang lain..

4.4.11

PENANGAN PATIN SG PAHANG - PEKAN TUA-









Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin kolam
  2. Patin Sungai
    1. patin buah
    2. Patin Mucung
    3. Patin Juara.

    Industri

    Ikan patin sangkar dijual pada harga RM14 sekilo disekitar daerah Temerloh dan daerah Bera dan Ikan patin sungai harganya boleh mencecah RM180 sekilo.

    Helmi merupakan pemburu tegar yang masih aktif memburu spesis tersebut. Sila hubungi untuk keterangan lanjut.

25.1.11

PATIN SUNGAI PAHANG



Pada hari jumaat 21 Jan 2011 jam 1800 hingga sabtu 22 Jan 2011 jam 1900 satu XPDC memburu patin telah di lancarkan oleh JG The Group...Umpan yang di bawa adalah udang, umpan Tapa, Roti dan Serangga. Sebanyak 4 Ekor Patin, 5 ekor Kenerak dan anak Tapah Sg Pahang berjaya kami tewaskan..

 Anggota seramai 6 orang pada awalnya namun hanya tinggal 3 orang sahaja kerana mengalami masalah yang tidak dapat dielakan. Di nasihatkan anda agar membawa Joran 9 kaki  keatas dan penghalau nyamuk.

18.11.10

SIAKAP


Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.
Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Kitaran hidup

Ikan Siakap makan crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); anak Ikan Siakap memakan zooplankton. Ikan Siakap merupakan euryhaline, tetapi stenothermal. Spesies Ikan Siakap berpindah mendiami sungai dan mudik ke muara dan kuala untuk membiak. Di kawasan jauh dari air tawar populasi air masin mungkin bertapak.
Pada permulaan musim monson ikan jantan mudek ke hilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur sejumlah besar telor (jutaan setiap seekor). Ikan jantan tidak menjaga telor atau anak ikan, yang memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.[1]

Ikan sukan

Ikan Siakap amat dihargai oleh pemancing kerana keupayaan melawan mereka, Ikan Siakap dikatakan amat bijak mengelakkan jaring kekal dan seeloknya ditangkap dengan menggunakan joran dan umpan. Di Australia, ikan Siakap digunakan bagi mengisi takungan air tawar bagi sukan memancing.
Ikan siakap terkurung, sebagaimana dikenali dikalangan pemancing, semakin popular sebagai ikan tangkap dan bebas. Ikan Siakap terkurung termasuk dalam Tasik Tinaroo, berhampiran Cairns di Atherton Tablelands, Empangan Peter Faust berhampiran Whitsundays, Empangan Teemburra berhampiran Mackay, Tasik Moondarra berhampiran Gunung Isa, Tasik Awoonga berhampiran Gladstone, dan Tasik Monduran sekitar sejam memandu ke selatan dari Tasik Awoonga.
Teknik memancing ikan Siakap kebanyakannya berkait dengan cara mencampak dan menarik pelbagai jenis umpan termasuk umpan lembut dan keras. Menunda juga digemari dan merupakan teknik produktif bagi ikan siakap terkurung.
Ikan siakap terkurung juga merupakan sasaran popular dengan umpan permukaan kerana ia diketahui makan sebarang jenis makanan dari permukaan air termasuk katan, ikan umpan cedera dan malah anak angsa dan burung yang lain.
Bunyi 'boof!' jelas apabila ikan siakap makan di permukaan mudah dikenali dan bergema pada jarak yang jauh ketika waktu malam yang sunyi.
Ramai kaki pancing mengembara ke kurungan ikan siakap Queenslands untuk menangkap ikan siakap yang sukar 'metrey', ikan siakap yang berukuran melebihi satu meter dan seberat anatara 10 kg - 25 kg, bergantung kepada tahap lemak.
Apabila termakan umpan, ikan siakap sering kali melompat keluar dari air sebanyak beberapa kali sepanjang pergelutan dan membuat larian jauh yang berkuasa. Ini menjadikannya sebagai spesies sasaran popular.
Kualiti makan bagi ikan siakap terkurung agak rendah, dengan tahap sekitar 1.5/5 bintang.
Isi ikan siakap ini memiliki rasa 'berlum[ur' disebabkan ikan siakap menghabiskan hayatnya dalam persekitaran air tawar, berlumpur, sungguhpun terdapat resepi yang mendakwa menghilangkan atau menutup rasa berlumpurnya.

Perikanan komersil dan agrikultur

Ikan ini penting secara perdagangan; ia ditangkap secara antarabangsa dan diternak di akuakultur di Australia, Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat. Industri ikan siakap Australian agak bertapak dengan pengeluaran tahunan lebih dari 4,000 tan. Di sempadan wilayah Asia Tenggara pengeluaran dianggarkan melebihi 30,000 tan. Sebaliknya, industri AS agak muda dan hanya menghasilkan lebih 800 tan setahun dari satu kemudahan penternak. Ikan siakap yang diternak biasanya membesar dari ikan siakap remaja yang diternak sebelumnya, sepanjang antara 50 and 100 mm sehingga saiz meja 400-600g dalam tempoh 12 bulan dan sehingga 3.0kg dalam tempoh 18–24 bulan.[2]

Kegunaan akuarium

Spesimen kecil merupakan ikan akaurium popular dan amat menghiburkan terutama ketika waktu makan. Bagaimanapun, ia cepat besar, dengan itu tidak dicadangkan bagi menyimpannya dalam sebarang bekas kurang daripada 5 kaki ( 500 liter)
Dalam aquaria ia menjadi agak jinak dan boleh diberi makan dengan tangan, ia bukanlah spesies aggresif bagaimanapun tindak balas makan adalah ganas dan mengejut dengan itu ia tidak boleh disimpan bersama ikan yang lebih kecil yang boleh ditelan.

Sebagai makanan

Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.
Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar ikan Siakap Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelebalan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal ikan Siakap pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal ikan Siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan ikan Siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan ikan Siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah.
Ikan Siakap merupakan ikan kegemaran bagi pemangsa puncak kawasan ini, buaya Tembaga (Crocodylus porosus), yang diketahui pernah merampasnya dari nelayan yang lalai.
Ikan Kerakap Nil—iakn yang serupa terdapat dalam Tasik Victoria, Afrika—sering kali salah label sebagai ikan siakap. Ia tidak termasuk dalam cadangan bagi ikan siakap ternak Amerika Syarikat. Sepsies ini pada asalnya diletakkan dalam genus Holocentrus, dalam beryciform keluarga Holocentridae.
Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand [3] dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine. Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau lime dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand,


5.9.10

PENANGAN KURAU




  1. Untuk memancing, cari saja sangkar ikan atau reba pokok tumbang. Lontar hirisan ikan kembung (seelok-eloknya seekor dipotong empat). Cangkuk sekeping pada mata kail 2/0 untuk ikan bersaiz 1 kilogram (kg) atau lebih. Lontar umpan sama ada hala ke tebing atau jauh sedikit dari tali sauh sangkar dan tunggu.
Baru-baru ini, penulis bernasib baik kerana tidak lama joran dilabuhkan, umpan mengena. Asakan ikan ditentang dengan mudah. Tidak lama kemudian muncul seekor pari seberat 5 kg membuka tirai untuk adegan seterusnya. Selang beberapa detik, joran kedua bergetar kecil.

Kebiasaannya kalau getaran sedemikian pasti ikan gelama yang mencuri umpan. Apabila getuan tidak henti-henti, joran yang bergetar mula melentur menandakan ada ikan besar menggena! Kekili Ambassadeur 6500C Series yang digunakan tiba-tiba saja mengeluarkan tali.

Melihat larian awal, kami menyangka tentu pari lebih besar lagi. Larian separuh jalan larian tidak di dasar tetapi pertengahan air. Tanpa memikirkan jenis ikan yang mengena, joran dikawal supaya ikan tidak menghala ke sangkar dan tepian reba. Pertarungan semakin berdebar apabila ikan masih enggan mengaku kalah.

Setiap kali sangkar dituju, tegangan tali pancing dipertingkatkan. Berulang kali dilakukan sehingga ikan mula letih. Dari kejauhan Nampak kilauan putih muncul di permukaan. Wah! Kali ini seekor senangin Taiwan (Red drum) yang dipercayai ikan asal dari sangkar yang membesar di habitat liar.
Puas dengan 5.5 kg senangin Taiwan, kami terus memancing sehingga petang. Kalau berhajat ikan kecil, gunakan apollo nombor 7 berumpan dan labuhkan saja di bawah sampan. Pasti ada gelama, bebolos dan kadang kala senangin mahupun kurau yang mengena.(Sumber Berita Harian)

31.8.10

LEMAK CILI API REBUNG DGN IKAN KURAU MASIN




Bahan-bahan

rebung jeruk
1 tin santan pekat
1 batang serai [ketuk]
air
garam

Bahan Mesin
cili api
bawang merah
kunyit hidup

Cara:

1. Rebuskan rebung dgn garam sehingga mendidih dan lembut. Toskan.
2. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi,masukkan serai, rebung dan air dan didihkan perlahan.
3. Bila dah mendidih masukkan santan dan garam.
4. Masukkan ikan masin dan kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api.Jika suka bolehlah masukkan daun kunyit.
4. Hidangkan dengan nasi putih.