2.7.09

CIK BUNTAL



Spesis tertera dalam gambar ni ialah buntal, kami juga gelar 'Yellow Submarine'. Kalau ada geng rock kapak, buntal ni boleh masuk group tu sebab mempunyai gigi kapak yang tajam. Spesis ini terdapat dalam air tawar, air payau dan juga air masin. Tu kadang2 ada budak2 lelaki mandi bogel kat sungai, keluar sungai menjerit2 sebab 'anu' kena gigit dengan buntal.

Ikan ni kalau kecik memang cantik diletak dalam akuarium. Pemancing cukup tak suka dengan buntal ni kerana kalau dia makan umpan, dengan mata kail sekali ditelan. Tali pun selalu putus dikapaknya. Bila ia dalam keadaan tertekan, ia akan mengembungkan perutnya, lalu keluar duri2 kecik macam sang landak buat. Ikan ni orang kita tak makan, tapi Jepun pecah kepala kalau jumpa. Dikatakan hempedunya sangat beracun, jadi tukang masak yg certified saja boleh menyiang dan memasaknya.

Dulu2 masa saya menangkul ketam kat Pulau Indah, sekali angkat tangkul berderun-derun submarine ni naik sekali. Bila letak atas darat, dia buat pura2 mati. Ia boleh bertahan 3-4 jam di atas darat di bawah cahaya matahari. Bila kita jirus dia balik dengan senyumnya dia hidup balik. Kalau letak dalam baldi mereka ramai2 memuntahkan isi perut..chet pengotor betul. Ingat nak bubuh dalam akuarium, langsung tak jadi.

Ramai yg saya tengok bila dapat ikan ni, dihempas lah, ditoreh2 perutnya lah, diikat dengan botol mineral ekornya lalu dilepaskan ke laut. Brutal sungguh. Tapi dia tetap makhluk Allah. baik dilepaskan semula secara baik, dia pun nak cari makan macam kita..tapi dalam GENG kami ada juga yang berminat dengan rentapan spesis ini..siapa agaknyer eeekkk..

AMUKAN GERGASI



Berapa kilo agaknyer sotong ini?

MACAM MACAM LAAAAA



PETUA MABUK

Guna je ear plug..tapi jangan guna kedua2 belah. Guna sebelah jer bang..ianya untuk menganggu system bendalir dlm di belakang telinga dengan memberi sedikit tekanan (pressure). So dari awal lagi hang dah "break down" dia punya fungsi ( bypass). Fungsi ear plug tu sama jer dgn ubat penahan mabuk (seasick) yg tampal tu , cuma yg tu tampal kat belakang telinga & yg ear plug nie masukkan dalam telinga ( tak yah sampai kat gegendang dah,nanti korang saman aku pula), secukup rasa. Okey rasionalnyer.. punca mabuk adalah disebabkan bendalir tu (dlm ginjal) kat sebelah telinga/atau kat sebelah otak hang tak stable. Fungsi bendalir nie adalah nak bagi keseimbangan pada badan dengan menghantar signal kat otak hang, otak akan merangsangkan badan untuk tindakan seterusnya, tapi bila tak sempat nak baca signal atau bendalir dlm ginjal tak sempat nak tafsir, ia jadi mcm "traffic jam" , itu sebabnya automatic hang jadi loya (bukan untuk org pepoun jer loya tau), bila dah loya2.. sendiri mau ingatlah bro.. jangan lepas kat member sebelah pula, nanti otak member kat sebelah tafsir "ee..menjijikkan"..so member pun sama2 uuwekkkkk... tapi don't worried, nanti bila bendalir tu tahu (immune dengan suasana), ia akan kembali bekerja seperti biasa. That way hang negok, kalau dah 1 -2 hari mabuk..hari 3 grenti tak mabuk punya, badan agak akan melawan arah..maksud jika boat senget ke kanan di pukul ombak dr kiri atau sebaliknya, badan automatically akan melawan arah, untuk mengseimbangkan badan kamu, itu bermakna bendalir tu dah kembali berfungsi dengan baik. Tapi bila lama tak ke-laut ia akan terjadi semula..

yang kedua ( yg paling mujarab) - hang terjun je dalam laut tu, minum ckit air laut tu ( petua org tua), kalau tak caya hang cuba. Tapi kena ingat ada pepatah english " non swimmer is the best divers", masalahnya non swimmer ni kalau dah divers..terus nak divers lama2, tak ade SCUBA set kalau selam lama2..paham2 jer ler ( minta Allah sisih kepada semua rakan2 kita-nauzubillah). So keselamatan perlu di utamakan sebelum bertindak.. K..Chow dlu.. selamat mencuba....


IKAN TALANG

SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.

Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.

Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.

Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.

Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.

Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.

Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.


JORAN SEBATANG

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

Ada sesuatu yang menarik ketika berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!

Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.

“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

Justeru, daripada pengalaman adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.

apa komen anda??

TAK TAHAN MABUK



Petua Nelayan Laut Dalam

Jika anda mabuk dalam Trip memancing,
terjun kedalam laut untuk meneguk air laut sedikit,
INSYALLAH akan hilang rasa mabuk tersebut...

NELAYAN TEGAR



PRINSIP JORAN 31


PERGI DENGAN IZIN PENJAGA/ISTERI
NIAT MENDAPATKAN REZEKI
MENGAMBIL IKAN YANG BERSAIZ SEDAN SAHAJA
IKAN YANG KECIL AKAN DILEPASKAN
IKAN YANG TERLALU BESAR AKAN DILEPASKAN

PERMATA HATI KU




INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJADIKAN AKU INSAN DAN MENJADIKAN AKU NELAYAN ARMATUR.
TERIMA KASIH ABAH DAN UMIE...


PADA TAHUN 90 an AKU DIKENALKAN OLEH ABAH TENTANG HOBI INI.
IKAN YANG PERTAMA AKU DAPAT ADALAH IKAN KERAPU. DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KOYAN DI TUKUN TAYAR AKU BERJAYA MENAIKAN IKAN TERSEBUT. UMIE YANG MEMASAKAN IKAN TERSEBUT DENGAN CARA STIM.MEMANG SEDAP..SETIAP KALI AKU KE LAUTAN UNTUK MENCARI REZEKI,SEKIRANYA AKU MENDAPAT SPESIS KERAPU, MEMANG AKU AKAN MASAK STIM....

IKAN PALING MAHAL



Ikan yang mempunyai nilai komersial mencecah ratusan ringgit bagi sekilo.
Keluarga Kerapu dan mempunyai nama KERAPU BELIDA. Cukup enak dibuat masak
cara STIM dan SUP. Mempunyai nilai EKSKOTIKA yang tinggi...

PENGALAMAN PERTAMA



Asyik dan Leka melayari arus lautan Kuala Pahang.

SOTONG OH SOTONG



MENIKMATI KEENAKAN DAN KEMANISAN DAGING SOTONG SEGAR

HASIL PUKAT TELIPOT 1





TALANG,TAMBAN,KEMBUNG,KERISI,SELAR KUNING,SELAR PAPAN,AJI-AJI


IKAN TALANG MERUPAKAN IKAN YANG PALING SUKAR DI BUKA DARI PUKAT.

RENTAPAN HARUAN TASIK




UMPAN :SOTONG SEGAR
TEKNIK:SEPARUH PERMUKAAN AIR

BERMINAT MEMANCING???






TEKONG BERPENGALAMAN SELAMA 40 TAHUN DI LAUTAN.
TELIPOT 1 DAN TELIPOT 2 ADALAH DIBAWAH JAGAAN BELIAU.


MENAWARKAN PAKEJ MEMANCING DI LAUT TENGAH


HARGA RM 1000.00


NAIK DI JETI LKIM KUALA PAHANG


BERMULA 0500PM HINGGA 0500PM KEESOKAN HARI


BOT DILENGKAPI:


PERALATAN MEMASAK
JAKET KESELAMATAN
TONG SIMPANAN IKAN 600KG
GPS SYSTEM
BEKALAN AIR BERSIH
AIS DI SEDIAKAN


UMPAN DAN MAKAN MINUM DITANGGUNG PENYEWA


HUBUNGI:
matju30@yahoo.com


0132230537

PERJUANGAN SEORANG TEKONG



Tekong yang menyabung nyawa untuk menyelamatkan sauh yang tersangkut pada pukat hanyut yang dilepaskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Situasi cemas ini di ikuti oleh arus yang bergelora dan krew-krew TELIPOT 1 bergegas untuk mendapatkan SENJATA HIKMAT. Kerapu Belida yang mula-mula memasangkan senjata hikmat dan di ikuti oleh anggota yang lain. UTAMAKAN KESELAMATAN ketika berjuang.

IKAN DURI KARANG



Ikan Duri Karang sedap berbanding dengan ikan semilang atau keli.
Ikan ini tersangkut pada pukat di tengah lautan. Pada mulanya kami ingin memukat ikan kembung dan selar tetapi DURI KARANG yang jadi mangsa...

IKAN TALANG



Talang, Seliat atau ADUH WEEIH itulah namanya. Harga Rm 0.80 sekilo kalau tolak kat peraih...

Bahan-bahan ( utk 2 orang )
2 slices Talang
2 + 1 sudu besar lemon
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch


Cara-cara:

Kerat 2 talang dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan talang.
Bila bahagian bawah talng dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan talang sehingga garing.

Keluarkan talangdari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.

Tuangkan sos lemon ke atas talang dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak talang, pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak talang dan sos lemon di atasnya.