PETUA MABUK
Guna je ear plug..tapi jangan guna kedua2 belah. Guna sebelah jer bang..ianya untuk menganggu system bendalir dlm di belakang telinga dengan memberi sedikit tekanan (pressure). So dari awal lagi hang dah "break down" dia punya fungsi ( bypass). Fungsi ear plug tu sama jer dgn ubat penahan mabuk (seasick) yg tampal tu , cuma yg tu tampal kat belakang telinga & yg ear plug nie masukkan dalam telinga ( tak yah sampai kat gegendang dah,nanti korang saman aku pula), secukup rasa. Okey rasionalnyer.. punca mabuk adalah disebabkan bendalir tu (dlm ginjal) kat sebelah telinga/atau kat sebelah otak hang tak stable. Fungsi bendalir nie adalah nak bagi keseimbangan pada badan dengan menghantar signal kat otak hang, otak akan merangsangkan badan untuk tindakan seterusnya, tapi bila tak sempat nak baca signal atau bendalir dlm ginjal tak sempat nak tafsir, ia jadi mcm "traffic jam" , itu sebabnya automatic hang jadi loya (bukan untuk org pepoun jer loya tau), bila dah loya2.. sendiri mau ingatlah bro.. jangan lepas kat member sebelah pula, nanti otak member kat sebelah tafsir "ee..menjijikkan"..so member pun sama2 uuwekkkkk... tapi don't worried, nanti bila bendalir tu tahu (immune dengan suasana), ia akan kembali bekerja seperti biasa. That way hang negok, kalau dah 1 -2 hari mabuk..hari 3 grenti tak mabuk punya, badan agak akan melawan arah..maksud jika boat senget ke kanan di pukul ombak dr kiri atau sebaliknya, badan automatically akan melawan arah, untuk mengseimbangkan badan kamu, itu bermakna bendalir tu dah kembali berfungsi dengan baik. Tapi bila lama tak ke-laut ia akan terjadi semula..
yang kedua ( yg paling mujarab) - hang terjun je dalam laut tu, minum ckit air laut tu ( petua org tua), kalau tak caya hang cuba. Tapi kena ingat ada pepatah english " non swimmer is the best divers", masalahnya non swimmer ni kalau dah divers..terus nak divers lama2, tak ade SCUBA set kalau selam lama2..paham2 jer ler ( minta Allah sisih kepada semua rakan2 kita-nauzubillah). So keselamatan perlu di utamakan sebelum bertindak.. K..Chow dlu.. selamat mencuba....
IKAN TALANG
SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.
Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.
Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.
Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.
Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.
Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.
Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.
JORAN SEBATANG
KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.
Ada sesuatu yang menarik ketika berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.
Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!
Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.
Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.
“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.
Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.
Justeru, daripada pengalaman adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.
Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.
apa komen anda??