- Untuk memancing, cari saja sangkar ikan atau reba pokok tumbang. Lontar hirisan ikan kembung (seelok-eloknya seekor dipotong empat). Cangkuk sekeping pada mata kail 2/0 untuk ikan bersaiz 1 kilogram (kg) atau lebih. Lontar umpan sama ada hala ke tebing atau jauh sedikit dari tali sauh sangkar dan tunggu.
Baru-baru ini, penulis bernasib baik kerana tidak lama joran dilabuhkan, umpan mengena. Asakan ikan ditentang dengan mudah. Tidak lama kemudian muncul seekor pari seberat 5 kg membuka tirai untuk adegan seterusnya. Selang beberapa detik, joran kedua bergetar kecil.
Kebiasaannya kalau getaran sedemikian pasti ikan gelama yang mencuri umpan. Apabila getuan tidak henti-henti, joran yang bergetar mula melentur menandakan ada ikan besar menggena! Kekili Ambassadeur 6500C Series yang digunakan tiba-tiba saja mengeluarkan tali.
Melihat larian awal, kami menyangka tentu pari lebih besar lagi. Larian separuh jalan larian tidak di dasar tetapi pertengahan air. Tanpa memikirkan jenis ikan yang mengena, joran dikawal supaya ikan tidak menghala ke sangkar dan tepian reba. Pertarungan semakin berdebar apabila ikan masih enggan mengaku kalah.
Setiap kali sangkar dituju, tegangan tali pancing dipertingkatkan. Berulang kali dilakukan sehingga ikan mula letih. Dari kejauhan Nampak kilauan putih muncul di permukaan. Wah! Kali ini seekor senangin Taiwan (Red drum) yang dipercayai ikan asal dari sangkar yang membesar di habitat liar.
Puas dengan 5.5 kg senangin Taiwan, kami terus memancing sehingga petang. Kalau berhajat ikan kecil, gunakan apollo nombor 7 berumpan dan labuhkan saja di bawah sampan. Pasti ada gelama, bebolos dan kadang kala senangin mahupun kurau yang mengena.(Sumber Berita Harian)