UNTUK ZACK DAN INA... SELAMAT PENGANTIN BARU |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat semua pengikut joran gading. Macamane dengan tugasan anda sebagai
pemancing amatur dan profesional sekarang? Dah lama saya tidak turun untuk
memburu sejak kena penangan sengat si semilang. Saya sekarang banyak
menghabiskan masa dengan melihat keindahan ciptaanya, perairan di kawasan
pahang semakin tercemar dengan sikap yang tidak berintergriti pengungjung.
Penat sahaja majlis perbandaran menyediakan tong sampah tetapi sampah tetap
juga dibuang sesuka hati. Hargailah khazanah yang allah kurniakan kepada kita
ini. Panjang pula membebel hari ini, bukan apa cuma nak bagi sedikit kesedaran
buat diri saya dan rakan semua.
Ok lah kali
ini saya nak berkongsi 1 resepi barat yang susah tetapi sebenarnya senang nak
disediakan, baru-baru ini saya telah mendapat tempahan untuk jurugambar
perkahwinan kawan, atas dasar kawanlah saya cuba nak bagi 1 hidangan makan
beradat buat sang mempelai.hehehe tak perlulah saya nak bawa hadiah
lagi!!!.opstt jgn marah ina dan zack.
Bahan bahan:
salmon grill with thousand island
2 kpg isi ikan salmon
Tomato chery
Salad
Timun jepun
Mentega
Rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda
Sos thousand island
Kelengkapan:
Periuk pengukus
Kuali tidak lekat
Cara penyediaan:
Ikan tu anda kena cuci lepastu pastikan tiada sisik yang melekat, rendam
sekejap dalam air asam jawa tp jangan sampai diserap ikan lepastu tos seketika.
Perap dengan rempah rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda dan kukus selama
2 minit sahaja. Panaskan kuali dan masukan mentega. Apa lagi terus grill ikut
selera anda. Sebelum makan tu kena tuang sos thousand island baru berselera.
Untuk hiasan pula anda kena masukan semua sayuran dalam ais agar kesegaran
dan kecantikan salad akan terserlah. Amat sesuai dimakan bersama risoto @ bubur
nasi @ sebagai salad. Kalau rasa nak tambah coleslow pun boleh juga.
Bahan-bahan
coleslow
- Kobis putih 1 kg
- Lobak merah 150 gram
- Mayonis 200 gram
- Susu
tepung penuh krim 4 sudu besar
- Gula pasir 5 sudu besar
- Garam 1 sudu teh (rata)
- Cuka 1 sudu besar
- Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai
penutup.
Cara
membuatnya
- Kobis dan
lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu
dihiris dan dicincang kecil-kecil.
- Masukkan
kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang
mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan
cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya
pakai mixer. Tapi saya bantai
pakai sudu jer.
- Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran
yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
- Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti
sejuk.
- Coleslaw
anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw
dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak
makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota
tambahan
- Kalau
tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau
kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu
pun dah memadai.
- Kalau
sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
- Kalau
sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
- Resepi
saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati
sendiri, lepas tu makan sendiri la.
- Kalau
makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga
seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
Maaf Ina dan Zack sbb saya tak
sediakan pakej coleslow sekali dgn salmon grill hahaha saya
jurugambar bukan chef. Nanti untuk
ulangtahun perkahwinan anda nanti insyallah saya akan sediakan.