4.8.09

JADUAL PASANG SURUT AIR

Fasa air pasang besar ketika bulan penuh adalah merujuk kepada 13,14,15,16,17 hb didalam kelender hijrah dan ia merujuk kepada 16,17,18,19,20hb Sept 2005 pada tarikh berikut. Pada ketika ini, bulan disifatkan paling hampir dengan bumi dan tarikan graviti bulan menyebabkan fenomena air pasang besar bulan terang pada tarikh-tarikh berikut. Dan keadaan air bani berlaku pada ketika 18 september 2005.Kebiasaannya ketika bulan terang ni, taburan ikan-ikan pemangsa juga bertaburan disekitar lautan kerana pada ketika ini anak-anak ikan dan udang boleh mencari makanan dengan mudah. Pada ketika ini juga tahap penglihatan ikan pada waktu malam lebih baik berbanding pada bulan gelap.Ikan-ikan pemangsa lebih berhati-hati dan begitu aktif memburu mangsanya. Walaupun cahaya bulan dapat menyumbangkan kepada tahap penglihatan yang lebih baik. kejadian air besar atau dikenali sebagai pasang besar juga boleh membantutkan usaha anak-anak ikan ni keluar untuk mencari makan diluar ketika air menyunsong pasang dan menyunsong surut.Ini kerana, perbezaan air pasang dan air surut mencecah sehingga 5,6 meter akan menyebabkan arus laut menjadi lebih deras. Bagi pemancing dilautan yang memilih tarikh ni untuk turun memancing, lokasi seperti karang, unjam, curaman dan kapal karam sering kali menjadi lokasi terbaik untuk pemancing menduga pada ketika ini. Ini kerana struktur ini dapat memberi perlindungan kepada ikan-ikan kecil untuk berlindung dari arus deras diluar.Memancing dan kaedahnya.Dan bagi memancing dimuara, ikan pemangsa gemar memburu dengan menyembunyikan diri ketika ini. Ini kerana pemangsa yang menonjol tidak mudah untuk mencari makanan, melainkan ia memburu secara berkumpulan. Pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan gewang-gewangan, softplatic dan umpan-umpan tiruan mudah menjerat ikan-ikan pemangsa yang menunggu untuk mencari makan. Dilautan juga panggunaan jig luminus dan popper boleh digunakan dengan bantuan cahaya bulan untuk menjerat ikan didasar.Tetapi bagi pancingan Bottom, pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan leader yang camo atau florocarbon sepanjang lebih satu depa dapat membantu pemancing untuk mengelirukan pemangsa menjamah umpan. Penggunaan leader melebihi 1 depa lazimnya disertakan dengan penggunaan tanduk bagi mengelakkan leader bersimpul dengan main line apabila umpan diturunkan kedasar.Selain itu penggunaan umpan hidup dan cergas juga dapat membantu untuk menaikkan mangsa didasar. Oleh itu pemancing dinasihatkan untuk menyediakan perambut dengan kemas dan penggunaan perambut berdiameter kasar amatlah tidak digalakkan

No comments:

Post a Comment