16.3.10

PENANGAN PEMECAH OMBAK

Pada hari sabtu 13 Mac 2010,aku bersama kawan-kawan(ZAM,FAISOL,CEM,POK MAT dan LAN NAVY) seperjuangan pergi berjuang untuk menawan musuh yang semakin mengganas di laut cina selatan.Berbekalkan umpan hidup(udang) dan sotong kami pergi berjuang. Tangkapan pertama berjaya aku daratkan pada jam -+ 1100 malam, anak kerisi jer yg makan umpan udang tu.Faisol memberi tentangan sengit kerana berjaya mendaratkan Gelama Papan -+ 467grm.Malam sermakin menduga dengan memberi tiupan bayu dan titisan hujan tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk menawan musuh.Pada jam 0300 pagi joran aku telah di sentap ganas  oleh ikan walaupun bersaiz kecil namun tentangan yang diberikan amatlah memuaskan. Kaci seberat -+ 1500grm berjaya didaratkan dengan bantuan Faisol. Zam menjadi lebih panas kerana joran beliau tidak disentap ikan. Allah Maha Pengasih pada hambaNya...Jam -+ 0438 pagi joran Zam di sentap ikan, dia seakan tergamam kerana bercampur mengantuk namun berjaya mendaratkan Tanda -+650grm. Rezeki ku yang terakhir adalah anak Kerapu...Syukur pada Illahi kerana memberikan kami rezeki lautan yang dibawah PenguasaanMu.


No comments:

Post a Comment