Peserta Terengganu juara kategori laut, bawa pulang RM20,000
PEKAN: Berbekalkan tangkapan ikan tenggiri seberat 7.92 kilogram (kg) melayakkan peserta dari Terengganu, Halim Mustapha, 44, dinobatkan juara kategori laut menewaskan 749 pemancing yang bersaing pada pusingan kedua GP Joran 2010 di Kuala Pahang, dekat sini, Beliau yang mengambil masa lebih sejam untuk menjinakkan ikan tenggiri itu membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta pelbagai hadiah iringan tajaan penaja. Bagi kategori pantai, peserta tuan rumah, Mohd Rosdi Abdullah, 45, muncul juara selepas berjaya menangkap ikan pari seberat 2.7kg menewaskan 900 peserta yang bersaing sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pelbagai hadiah iringan.
Tempat kedua kategori laut dimenangi peserta dari Johor, Alias Maulot, 46 yang memperoleh ikan tenggiri seberat 7.78 kg manakala ketiga juga peserta Johor, Abdul Karim Ali, 33, yang menaikkan ikan tenggiri seberat 7.78kg tetapi perbezaan masa tangkapan ikan memberi kelebihan kepada Alias.
Alias menerima wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan, manakala Abdul Karim pula membawa pulang hadiah RM4,000 dan hadiah iringan.
Dalam kategori pantai, tempat kedua dimenangi Hasmawi Abd Manan, 47, juga dari Pahang dengan tangkapan ikan todak seberat 530 gram seterusnya melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan, manakala ketiga peserta Terengganu, Mohammad Idris juga berjaya menaikkan ikan todak seberat 415 gram dan menerima hadiah RM4,000.
Sementara itu, dalam kategori ikan pari, peserta Johor, Mohd Kamaruddin Kasim, 42, muncul juara dengan tangkapan 39.34kg, diikuti tempat kedua, Zulkifli Mustafar juga dari Johor dengan tangkapan 34.78 kg dan ketiga Kamarul Hashim, 24, dengan tangkapan seberat 15.9kg.
Mohd Kamaruddin menerima wang tunai RM1,000, manakala Zulkifli RM500 dan Kamarul RM300.
Semua pemenang menerima hadiah daripada Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Turut hadir Pengarah Eksekutif Berita, Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib; Pegawai Daerah Pekan, Datuk Basik Mohd Sah; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengurus Projek Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah.
Karnival GP Joran Pusingan Kedua di Kuala Pahang dianjurkan Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Pekan (PTDP), Pejabat Ahli Parlimen Pekan dan Persatuan Nelayan Kuala Pahang (PNKP), Pekan.
Halim berkata, kejayaan membawa pulang hadiah utama semalam adalah kemenangan sulungnya sejak menyertai pertandingan dari 1997.
"Saya tidak pernah membayangkan untuk layak bergelar juara dalam pertandingan besar seperti ini terutama apabila terpaksa bersaing ramai pemancing bertaraf profesional, namun tuah dan rezeki kemenangan memihak kepada saya,” katanya yang berterima kasih kepada tekong bot yang banyak membantunya.
"Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus menyertai GP Joran selepas ini dalam usaha memburu gelaran juara keseluruhan," katanya yang berterima kasih kepada tekong bot yang banyak membantunya.

No comments:
Post a Comment