1.7.09

IKAN BARAT,AYAM,JEBONG



Pada 27 Jun 2009 Geng kami iaitu Joran 31 telah meredah gelora lautan untuk memburu spesis yang "pelahap" dengan umpan

ADMIN CATCH



Umpan kegemarannya adalah hirisan sotong segar dan udang hidup

Umpan universal adalah umpan yang biasa dipakai di sesuatu lokasi semasa memancing. Semua orang tau umpan universal bagi sungai ialah cacing. Kira 5 star la ni. Umpan tambahan bagi sungai antara lain ialah udang paya, cengkerik, buah sawit, perut ayam, hirisan ikan, anak ikan, biji getah yg ditapa dan beberapa yg lain.

Umpan universal bagi kolam ialah dedak. Ada juga yang bawa perut ayam dan roti. Manakala di laut dalam yg paling berkesan ialah anak ikan (ikan belanak, kecubung, tamban, selar, kembung hidup). Juga sotong kurita kecil, udang hidup, hirisan ikan parang & lain2 ikan dan isi ketam bergantung pada tempat samada laut berkarang, pulau bebatu atau dasar berpasir.

Di muara dan persisiran pantai umpan paling popular ialah perumpun selain udang hidup dan anak belanak. Ada juga yang panggil pumpun. Bagi pemancing muara, jeti, jambatan laut dan pesisir pumpun ni dah biasa ditengok. Tapi pemancing sungai atau kolam yg tak pernah ke laut, ramai yang tak pernah melihatnya. Jadi dalam artikel ini saya ingin memperkenalkan personaliti popular ini.

Pumpun ini setau saya ada 2 jenis. Satu yang duduk dalam sarang seperti di gambar. Saiz biasa bagi pumpun ni ialah 4 inci. Bagi yang bujang, ia tinggal seekor je dalam sarang tu. Bagi yang dah kahwin atau bersekedudukan tu, biasalah 2 ekor dalam satu sarang. Sarang pumpun ni mempunyai jalan keluar di kedua2 hujungnya. Cara nak keluarkan ia dari sarang ialah dengan menjolok kayu di salah satu lubang. Ye lah kalau orang dah jolok punggung kita ke, atau kepala kita, mesti lah cepat2 keluar khekeke.

Spesis ni berlendir sikit. Ya la, kalau benda2 dalam lubang kecik ni biasanya berlendir, senang nak keluar masuk, betul tak SK, Jun? Tapi jangan pegang sebarangan, ingat tu Zakil. Dia menggigit. Ia mempunyai mulut seperti pepatung (dragon fly), gigitannya macam digigit pepatung. tak bisa tapi berdenyut gak ler. Mempunyai kaki yg banyak seperti ulat gonggok. Pumpun ini banyak bersarang di kawasan paya bakau.

Spesis kedua ialah pumpun pasir berlumpur. Ada yang pendek dan ada yg panjang. Yang panjang tu ada sampai sedepa (5 kaki lebih). Kena bawak cangkul masa menggali ditepi pantai. Orang Melaka panggil pumpun ni Langkau. Dapat seekor boleh memancing sepanjang hari tu..

Pumpun sarang ni biasa dijual dalam 20-30 sarang satu plastik dan berharga RM5-RM6. Ikan kalau dapat umpan ni, biasanya tak menolak lagi dah...berdenyut beb!

KERAPU TIKUS



Ikan yang paling mahal dalam keluarga kerapu selepas kerapu belida

MR PENN(JR) WITH JOETEKONG



Mr Penn Jr berehat sambil menyandarkan badan ke dinding bahtera. Mungkinkan keletihan akibat mengharungi luapan badai Barat pada malam hari? Hanya Joetekong yang mampu mengawal Anderenalinnya daripada situasi cemas pada malam hari. Kelihatan Joetekong bersama hasil tangkapannya.

UMPAN DILABUHKAN


Sebaik sahaja sampai ke Tukun Minyak para peserta tanpa lengah terus melabuhkan umpan bagi menjerat sotong yang kelaparan pada siang hari. Bagi peserta yang mementingkaan gaya menggunakan umpan Mole fish(umpan tiruan) dan bagi peserta yang mementingkan kualiti serta kuantiti mangsa tangkapan, menggunakan umpan ikan pelagik.

HARUAN TASIK

GENG LAUT DALAM


WAJAH WAJAH NELAYAN KUALA PAHANG
Wajah-wajah yang menjadi peneman pada hari sabtu. Pengalaman menjadi nelayan membuatkan kita mengenali erti kehidupan. Penat lelah nelayan yang menyabung nyawa di lautan demi mencari sesuap nasi bagi mengisi perut yang kelaparan di rumah. Ada yang diantara kita yang selalu tawar-menawar dengan para NELAYAN ketika membeli hasi laut tetapi pada hakikatnya...Pernahkan kita menyelami hati dan emosi PARA PEJUANG SAMUDERA....

Pada 27.06.2009 Lebih kurang jam 6.00 pagi waktu tempatan kami bertolak dari kuantan menuju ke jeti LKIM Kuala Pahang.Setibanya kami di sana lebih kurang jam 6.40 pagi kami terus menggankut barang-barang dan peralatan memancing kami ke dalam bot.Sebenarnya kami lewat tiba dari masa yang di jadualkan oleh sebab-sebab teknikal peserta-peserta.Ada yang tertinggal umpan,ada yang sakit perut,ada yang nak buang air,maklumlah ada di antara peserta-peserta yang seumur hidupnya belum pernah merasai hayunan gelombang Laut apatah lagi hayunan gelombang Laut Cina Selatan yang terkenal dengan gelombang yang paling GANAS di Malaysia semasa musim tengkujuh.Sementara kami menunggu peserta-paserta yang belum tiba kami sempat menghirup secawan teh tarik dan sebungkus nasi lemak di warung bersebelahan masjid.Setelah selesai bersarapan pagi kami terus ke jeti LKIM di mana terletaknya bot bernama TELIPOT 1 yang akan membawa kami menyusuri gelora Laut Cina Selatan.Keadaan cuaca pada pagi itu bagaikan merestui Expedisi kami merentasi Laut Cina Selatan.Suasananya amat tenang dan damai sekali sesuai bagi mereka yang mahu menghilangkan tekanan setelah penat bekerja.Tak dapat kami gambarkan begitu indahnya pemandangan dan suasana alam di waktu pagi yang membuatkan kami amat terpegun dengan ciptaan yang maha ESA, ALLAH S.W.T.Kami sempat juga merakam gambar-gambar menarik buat tatapan semua dan bagi mereka yang mengemari hobi memancing.Cukuplah dulu setakat ini.episod kami ditengah laut akan kami upload dalam masa yang terdekat.Terima kasih kepada peserta-peserta yang menjayakan Expedisi memancing di Laut Cina Selatan.

RAHSIA LAUTAN


WAKTU TERBAIK MEMANCING

BERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.

Tiga waktu pilihan yang disebutkan di atas berdasarkan pengalaman nelayan yang hidup mereka sebati dengan laut atau paling tepat diterjemahkan bahawa laut adalah pintu rezeki mereka. Kerana itu pelbagai usaha dilakukan bagi mengenal pasti untuk meraih rezeki seharian pada tahap maksimum.


Walaupun perubahan sentiasa berlaku, petua tetap petua. Cuma soal mengamalkan petua itu saja yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini, termasuklah tekong dan pemancing muda (tidak semua). Ini kerana peralatan moden seperti pengesan GPS dan sonar dalam banyak kelebihan berjaya mematahkan keupayaan petua. Namun bukan semua petua dapat dipatahkan kerana petua adalah amalan yang dihasilkan daripada gerak rasa serta suasana sekeliling dan alam semula jadi.

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.

Ada juga yang memilih air mati yang ada kalanya berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tetapi petua tetap petua dan baik untuk diamalkan.

Carilah tiga waktu ini untuk memancing di lubuk, karang atau tukun yang sudah dikenal pasti selain faktor umpan terbaik dan teknik memancing juga perlu dilakukan selaras dengan cita rasa alam sekitarnya bagi menjamin tangkapan lumayan.

MAAF, BLOG DALAM PEMBIKINAN

Harap maaf, blog ini masih dalam pembinaan.