13.5.12

SALMON GRILL WITH THOUSAND ISLAND

UNTUK ZACK DAN INA... SELAMAT PENGANTIN BARU
        
       Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut joran gading. Macamane dengan tugasan anda sebagai pemancing amatur dan profesional sekarang? Dah lama saya tidak turun untuk memburu sejak kena penangan sengat si semilang. Saya sekarang banyak menghabiskan masa dengan melihat keindahan ciptaanya, perairan di kawasan pahang semakin tercemar dengan sikap yang tidak berintergriti pengungjung. Penat sahaja majlis perbandaran menyediakan tong sampah tetapi sampah tetap juga dibuang sesuka hati. Hargailah khazanah yang allah kurniakan kepada kita ini. Panjang pula membebel hari ini, bukan apa cuma nak bagi sedikit kesedaran buat diri saya dan rakan semua.

           Ok lah kali ini saya nak berkongsi 1 resepi barat yang susah tetapi sebenarnya senang nak disediakan, baru-baru ini saya telah mendapat tempahan untuk jurugambar perkahwinan kawan, atas dasar kawanlah saya cuba nak bagi 1 hidangan makan beradat buat sang mempelai.hehehe tak perlulah saya nak bawa hadiah lagi!!!.opstt jgn marah ina dan zack.

Bahan bahan: salmon grill with thousand island

2 kpg isi ikan salmon
Tomato chery
Salad
Timun jepun
Mentega
Rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda
Sos thousand island

Kelengkapan:

Periuk pengukus
Kuali tidak lekat

Cara penyediaan:

Ikan tu anda kena cuci lepastu pastikan tiada sisik yang melekat, rendam sekejap dalam air asam jawa tp jangan sampai diserap ikan lepastu tos seketika. Perap dengan rempah rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda dan kukus selama 2 minit sahaja. Panaskan kuali dan masukan mentega. Apa lagi terus grill ikut selera anda. Sebelum makan tu kena tuang sos thousand island baru berselera.

Untuk hiasan pula anda kena masukan semua sayuran dalam ais agar kesegaran dan kecantikan salad akan terserlah. Amat sesuai dimakan bersama risoto @ bubur nasi @ sebagai salad. Kalau rasa nak tambah coleslow pun boleh juga.

Bahan-bahan coleslow
  • Kobis putih 1 kg
  • Lobak merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu tepung penuh krim 4 sudu besar
  • Gula pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.

Cara membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer.
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

Nota tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
  

Maaf  Ina dan Zack sbb saya tak sediakan pakej  coleslow sekali dgn salmon grill hahaha saya jurugambar bukan chef. Nanti untuk ulangtahun perkahwinan anda nanti insyallah saya akan sediakan.