4.8.09

KELUARGA KERAPU















CARA MEMBURU SIAKAP/KAKAP/SEABASS

Sebenarnya saya tak tahu nak letak topik nih kat mana sebab ikan seabass ni hidup diantara air masin dan air payau. Jika ada nasihat yang lebih arif silalah beritahu kepada saya. Untuk makluman segala teknik dan tips yang ditulis disini adalah gaya permainan Seabass di Jepun, mungkin ianya tidak sesuai untuk dimanipulasikan di Malaysia, jika ada diantara teknik dan tips disini yang boleh dijadikan rujukan angler-angler di Malaysia saya berasa berbesar hati untuk berkongsi maklumat ini. Harap maklum.

Pendahuluan

Akhirnya terjawab juga persoalan saya mengenai ikan Seabass di Malaysia. Dari pengetahuan saya yang cetek, saya tidak sangka yang seabass itu dipanggil siakap atau kakap di Malaysia. Terima kasih kepada otai-otai di Malaysia yang memberi maklumat yang terperinci mengenai habitat seabass di Malaysia.

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kegiatan Seabass fishing di Jepun ini. Sukan ini merupakan salah satu sukan yang begitu popular di kalangan muda mudi di Jepun ini. Ianya lebih dikenali sebagai "Seabassing" di kalangan pemancing di sini. Saya juga turut menyertai sukan ini setelah di ajak oleh rakan sekerja saya untuk memulakan sukan ini. Dan apabila turun ke pantai, ramai peminat seabass akan berdiri di sepanjang pantai di waktu malam untuk memburu ikan ini. Sekaligus menemukan saya dengan sifu-sifu Jepun yang tidak kedekut ilmu untuk mengajar teknik-teknik memancing Seabass ini dengan menggunakan gewang.

Di sini saya ingin memperkenalkan jenis-jenis Siakap yang terdapat di Jepun. Ada 3 jenis siakap yang biasa di temui di sini. Mereka juga lebih dikenali sebagai Asian Seabass. Di bawah adalah diantara muka-muka yang sentiasa menjadi buruan Seabasser (pemancing seabass).


1.Hira-suzuki (Lateolabrax latus).
Jenis seabass yang biasa di pancing di kawasan pantai berbatu. Waktu memancing yang paling sesuai ialah waktu siang, di sini lebih dikenali sebagai 'Day Game'. Ikan ini suka menyorok di bawah buih putih yg terhasil apabila ombak menghempas. Hira-suzuki tidak banyak masuk ke kawasan air payau atau muara sungai. Mereka lebih menggemari kawasan pantai atau cerunan batu yang dalam. Biasanya mereka akan muncul pada ketika ombak melebihi 2.0m. Seabas jenis ini boleh membesar sehingga 1.5m menjangkau berat lebih 20kg. Saya ada membaca majalah disini dimana seorang angler menangkap seabass melebihi berat 20kg dengan hanya menggunakan PE 1 (10lb) dan shock leader 20lb. Berapa jangkamasa untuk beliau me'landing'kan ikan tersebut tak tahu le.
Ianya seperti mimpi untuk menangkap ikan ini dalam Lanker size (size bapak) dan merupakan buruan utama sebasser disini.

2.Tairiku-suzuki
Tairiku bermakna daratan dalam bahasa Melayu. Jenis seabass ini biasanya suka tinggal di kawasan muara sungai. Beza ikan ini dengan yang lain ialah mereka mempunyai bintik hitam di badan mereka. Jenis ini tidak begitu popular di kalangan seabasser disini kerana agak sukar untuk menemuinya. Saya pernah tangkap ikan ini sekali sahaja, tapi saya begitu tertarik dengan warna dan corak di badan ikan ini.

3.Maru-suzuki.
Ini adalah jenis Seabass yang paling popular di kalangan sebasser disini. Mengapa ianya di panggil maru (bulat), ini ialah kerana badannya yang agak bujur. Waktu memancing yang paling sesuai di Perairan Laut Jepun waktu malam, di perairan North Pacific siang dan malam. Di kawasan pantai yang mengadap lautan North Pacific maru-suzuki suka memasuki kawasan pelabuhan-pelabuhan dan sungai2 kecil di sekitar bandar Tokyo dan Osaka. Oleh itu tidak hairanlah seabass ini boleh dipancing dari kawasan tengah-tengah metropolitan itu. Jika kita naik monorel di Tokyo, kita akan biasa berjumpa dengan kaki Seabass di bawah pile monorel itu. Ya mungkin benar seperti yang diperkatakan oleh Bro Wahoo, dimana ikan itu pernah ditemui di kotaraya Kuala Lumpur. Ini kerana mereka suka berenang di kawasan sungai, mereka akan pulang ke laut dalam untuk mengawan dan bertelur.

Di kawasan laut Jepun (mengadap korea dan rusia, field seabass saya) seabass jenis ini mudah ditemui di kawasan pantai yang landai, muara sungai dan juga di hulu sungai. Saya aktif menjalankan kegiatan ini di kawasan pantai. Jenis ini mudah dipancing apabila ombak melebihi 1.0m. Kita akan menghadapi masalah untuk mencari lubuk ikan ini, memandangkan kawasan pantai yang luas sukar untuk kita mengagak di mana mereka bersembunyi.

Teknik memancing seabass.

Saya ingin menceritakan tentang teknik-teknik yang saya pelajari dr otai2 Jepun disini, (saya tidak bermaksud untuk mengajar, mungkin ramai yang dah tahu ataupun teknik2 ini sudah lama dipelopori oleh otai2 di Malaysia, jika salah maafkan saya). Teknik yang ingin saya sebutkan di sini adalah teknik yang agak berkesan untuk shore game (pemancingan pantai), untuk pemancingan daripada reef ataupun pelabuhan caranya agak berbeza. Begitu juga teknik memancing di kawasan muara juga agak berbeza. Saya cuma berpengalaman di dalam Shore Game sahaja dan teknik ini lebih dikenali sebagai 'Teknik Angler Laut Jepun'. Diantara teknik-teknik itu ialah:

Teknik Run and Gun

Langkah pertama gunakan teknik Run and Gun (tak pasti ejaan nih betul ke tidak). Teknik ini memerlukan kita berjalan sambil melontar gewang di sepanjang pantai. Ini adalah teknik untuk kita selidiki keadaan laut pada hari itu. Ke arah mana arus masin bergerak, dimana adanya current (arus kembali) dan juga yg paling penting dimana adanya patukan ikan pada gewang. Saya suka menggunakan gewang yang agak besar bersaiz 14cm sebagai pilot lure untuk mengkaji keadaan laut pada hari itu. Apabila mendapat patukan ikan pada sesuatu tempat, saya akan kerap menukar gewang untuk menepati jenis dan saiz bait pada hari itu. Teknik ini dipanggil 'Match the Bait'.


Teknik Match the Bait

Saya biasa membuat kajian tentang jenis bait pada hari itu dengan menyiang perut Seabass apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana kita tidak dapat melihat bait yg berkumpul pada waktu itu kerana waktu malam. Oleh itu penting untuk kita mengetahui bait apa yang di baham oleh seabass pada hari itu, sekaligus memudahkan kita untuk memilih lure yang menepati bait pada hari yang berikutnya. Saya pernah lihat anak ikan sardin dalam perut seabass sebesar 9cm, Olh itu saya akan guna gewang yang sama warna, pergerakan dan saiz dengan anak ikan sardin itu pada hari berikutnya, ternyata teknik ini amat berkesan. Kebiasaannya lubuk seabass akan berkekalan sepanjang 2-3 hari selagi ombak besar tidak mengubah struktur pantai pada minggu itu. Perlu diingatkan bahawa struktur pantai berubah setiap hari bergantung kepada fenomena ombak.

Fenomena Ombak dan Arus Masin

Jika kita merenung dan meneliti keadaan ombak di pantai, kita dapat lihat beberapa kawasan ombak tidak bergulung. Mengapa fenomena ini berlaku? Ini adalah kerana pergerakan gelombang ombak yang dibawa ke pantai akan kembali menuju ke arah laut. Ini menyebabkan gelombang ombak dari pantai akan bertembung dengan arus kembali ini menyebabkan ombak susah untuk bergulung. Arus kembali ini mempunyai kelebaran seluas 10-30meter dan juga bergerak selaju 2.0m/s. Oleh itu kita biasa dengar orang biasa lemas dibawa arus deras ke arah laut walaupun pantai itu cetek. Arus deras itu adalah disebabkan oleh fenomena current ini.

Faktor current dan juga pergerakan arus masin merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan yang sesuai. Ini adalah kerana ikan suka berenang dan berkumpl merentangi arus yang berlawanan. Oleh itu jika kita lontar gewang, dan karau, jika kita dapat merasakan gewang tu berat semacam jek, bermakna disitulah adanya current ataupun arus masin.

Faktor ombak

Faktor ombak juga memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan. (Saya pernah menulis perkara ini di salah satu tajuk mengenai gewang Red Head kalau tak silap saya). Kita boleh lihat ombak putih mula bergulung dari kawasan tengah pantai, dan akan menghempas di pantai, di kawasan permulaan gulungan ombak itulah merupakan sempadan kawasan landai dan dalam, ianya juga dipanggil sebagai Break Point ataupun Break Off. Jika kita pandai melontar gewang di belakang ombak yang mula bergulung, peluang untuk mendapatkan patukan ikan adalah cerah. Ini adalah kerana anak-anak ikan suka berkumpul di kawasan ombak yg menghempas di tengah pantai, ombak yang menghempas akan menggaulkan pasir di kawasan yang landai sekaligus menghasilkan plankton-plankton yang menjadi makanan anak-anak ikan ini, Seabass suka menyorok di bawah buih putih ombak yang terhempas, oleh itu mereka akan membaham anak-anak ikan yang asyik dengan plankton-plankton tadi. Sebab itulah jika kita melontar gewang di kawasan ombak yang mula bergulung kita akan mendapat chances patukan ikan sekaligus menipu seabass untuk memakan gewang kita

JADUAL PASANG SURUT AIR

PUISI IKAN

Akulah ikan yg sedang berenang ..
di samudra luas mencari makan..
berenang diantara karang dan harta tenggelam


O..akulah ikan yang menyelam dalam
lalu menyembul ke permukaan,
dan engkau ..




engkaulah nelayan yg sedang mencari ikan..
kau tebarkan jaringmu tapi aku tak mau masuk
karena jaringmu mengurung..
tak membebaskan..




Hingga akhirnya kau pun bosan,
jaringpun kau campakkan,
pancing kau keluarkan,
umpan kesukaanku,
kau kaitkan




O..mata pancing mu berpendar-pendar,
menarik ku ke permukaan,
dan..byuur!..umpanmu menyelam,
menebar aroma seharum bunga,
wangi itu begitu dahsyat,
aku tertarik begitu kuat..




umpanmu kekejar dan haaap!..kulahap senang
tapi kenapa aku tak jadi kenyang?




tapi kenapa aku malah melayang..
mengapung-apung kepermukaan?


tersadar aku terlambat..
bayangan mu sudah mendekat..
tersadar aku terikat..
dekapanmu begitu kuat..
jangankan bergerak..
bernapas-pun aku tak dapat..


kini aku cemas berharap..


selamatkan aku O..nelayan..
sayangi aku O..nelayan..




nanti engkau 'kan kutunjukkan..
harta-karun didasar lautan..


sebab ..O..nelayan..
apa arti ikan tanpa nelayan?




karena ..O..nelayan..
apa arti nelayan tanpa ikan?