9.10.09

PETUA ORANG LAMA

(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)

 
Mengekalkan Kesegaran Ikan


Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok


Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

 
Telur Rebus & Pulut Kuning


Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak.


Kunyit & Tepung


Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.


Tersesat Didalam Hutan


Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.


Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing


Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.


Menjaga Umpan Perumpun


Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.


Mencari Perumpun Pasir /Laut


Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut


Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.


Daun Ketapang


Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.


Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.


Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.




Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.


Meludah Umpan


Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.


Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan


Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

8.10.09

TROLING SKILL

Sebelum trolling,kita kena sasarkan tempat dan ikan target dulu...barulah kita boleh sediakan peralatan perang nya..
Kalau saya biasanya suka light trolling ( pakai bot ) berkelajuan 3-4 knot,biasanya pakai :


1 Joran/Rod 
berkekuatan cuma 20 - 40 paun ( PE 2-3 )
dah memadai..

2 Tali Utama/Main Line 
cuma 50 - 60 paun 
( suka jenama power pro )

3 Perambut/Shock Leader 
berkekuatan 50 - 60 Lbs..

4 Wire ?   
jarang guna,sebab selalunya bunyinya dalam air,ikan takut.

TETAPI...ADMIN TAK PERNAH DAPAT PUN HASIL... 

7.10.09

TAHAP ANDA SEBAGAI PEMANCING

1. Isteri & Keluarga tidak mengemari hobi anda.


2. Takut Isteri suka meleter. 


3. Hobi di waktu terluang sahaja./ mabuk laut. 


4. Mengikut kawan. 


5. Masalah Kewangan. 


6. Semangat tinggi tapi kurang kesungguhan 


7. Tetap bersungguh tapi masih tetap kecewa. 


8. Teman memancing yang kurang disenangi. 


9. Faktor cuaca,umpan dan air membataskan aktiviti anda.


10. Peralatan memancing yang serba kekurangan. 


11. Merasai tekanan apabila hasil tidak seberapa. 


12. Berkira masalah kewangan,kenderaan,hasil tangkapan. 


13. Terlalu merendah diri./ cepat putus asa. 


14. Ingin berjaya tapi tiada keyakinan diri. 


15. Suka merahsiakan lubuk-lubuk untuk kepentingan sendiri.

6.10.09

KEMUSYKILAN

1. Bagaimana untuk membeli / memilih Kekili dan Joran yang baik?

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya. Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

2. Ikan Pari


Bila ia melekap didasar berbagai cara didengar untuk melepaskan -nya seperti menggunakan tempurung, tali pancing dibuat seperti bermain gitar, batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok. Adakah cara ini jawapan yang sebenarnya?

Cara-cara seperti diatas adalah untuk membuat ikan pari terkejut dan lari adalah tidak logik sama sekali. Cara dan barangan seperti diatas yang anda hantar kebawah tidak akan sampai kepadanya atau tersekat kerana penggunaan tanduk,cili, atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?

Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari yang cara yang demikian.

3. Bagaimanakah untuk membuat Umpan Dedak dengan betul

Tiga (3) bahan asas untuk membuat umpan dedak ialah dedak ( seelok-eloknya jenis hong, dedak paling halus), tepung gandum dan air. Sebelum memulakan proses ini, kadar dedak yang diperlukan dicampur sedikit air dan diuli sehingga liat. Jangan campurkan terlalu banyak atau terlalu kurang air, sekadar memadai sahaja supaya dedak menjadi liat dangan terasa sedikit lembap. Kemudian tambah sedikit tepung gandum dan di uli supaya umpan ini menjadi sebati, kental dan tidak rapuh. Untuk memastikan ia sesuai digunakan, ambil segenggam dedak yang sudah di uli tadi dan cuba kopakkan kepada dua (2) bahagian. Sekiranya ia tidak mudah terkopak bermakna umpan dedak sudah sedia untuk digunakan. Bahan-bahan perisa yang boleh ditambah mengikut citarasa ikan setempat seperti serbuk kunyit, perencah kurma, belacan, perahan air kelapa sawit dan sebagainya.

5.10.09

MEMANCING UDANG GALAH



Perkara Utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan

1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.


Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

4.10.09

AWAN SEJENGKAL RIBUT AKAN MELANDA

SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai.

Jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung.

Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.

29.9.09

BURUAN IMPIAN




Berikan "KETAWA" kepada semua
Tetapi "SENYUMAN" kepada seorang
Berikan "PIPI" kepada semua
Tetapi "BIBIR" hanya pada seorang
Berikan "KASIH SAYANG" kepada semua
Tetapi "HATI" hanya kepada seorang
Biarkan setiap orang "Menyayangi" anda
Tetapi anda "CINTA" hanya seorang




Jangan sesekali berkata dirimu gembira...
pada hakikatnya dirimu berduka
Jangan sesekali berkata dirimu sihat...
pada hakikatnya dirimu menderita
Jangan sesekali berkata dirimu riang ria...
pada hakikatnya dirimu resah gulana
Dan jangan sesekali berkata dirimu keseorangan...
pada hakikatnya diriku masih ada


Walaupun insan lain memandang rendah kepada
kerjaya sampingan kita...
Bersabarlah untuk mendapat buruan yang di impikan...

24.9.09

PIZZA MAGGIE ( SESUAI UNTUK SANTAPAN DIATAS BOT)

Bahan-Bahan: 1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara: Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan: Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.

23.9.09

SALAM AIDILFITRI 2009

Salam
Aidilfitri '09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..

Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,

TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Raya tahun ni REZEKI melimpah2..
jadi terima lah duit raya dari ku..
Jangn membazir lak..
cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

10.9.09

HIDUP YANG PENUH ERTI



Saya MALAS Awak Suruh RAJIN..
Saya NAKAL Awak MARAH..
Saya SENYUM Awak Lagi La SENYUM..
Saya GURAU Awak GELAK..
SWEETS sangat Waktu Tuh..
tapi kalau Saya Tak Ade,
JANGAN Pulak Awak IKUT Saya PERGI..
Cuma DOA Je Dalam Hati..
&
INGAT Dekat Saya dah Cukup Untuk NILAI PERSAHABATAN Kita..
&
Buat saya TENANG Selamanya
Awak jangan SEDIH..
Saya Tak Suka AIR MATA Awak MENITIS Nanti..
Kerana..
Saya Terlalu SAYANGKAN KAWAN2 Saya..
Termasuklah AWAK..

HIDUP KAKI PANCING

9.9.09

SIAKAP ALA THAI



Bahan-Bahan:
ikan siakap mesti yang segar
serai
bawang putih
bawah besar
stok ayam
air limau nipis tanpa biji
cili padi
gula secukup rasa
daun sup
satu sudu teh sedikit tepung jagung
2 cawan air

Cara:
Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.
Ketuk Serai, bawang putih
Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula

semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur

masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi

tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar

tutup kuali sehingga masak dan sedia dihidangkan


Cadangan Hidangan:
Hidang bersama nasi untuk makan malam atau tenghari
Tambahan:
Garam biasanya tidak perlu di gunakan kerana stok ayak biasa sudah masin .

Pilih ikan yang betul betul segar dan sudah di bersihkan dan pastikan ianya dikelar sebelum masuk ke dalam stok ayam kerana jika tidak di kelar rasanye tidak sampai ke isi daging ikan siakap

24.8.09

AURALIFE...HARUMAN UNTUK MENGATASI RASA MABUK LAUT

Minyak Wangi Aura Untuk Lelaki
• Melambangkan kehebatan lelaki
• Membuka keinginan seks serta keintiman suami isteri * memberi ketenangan zahir batin
• Memberi keyakinan diri serta senang didampingi * megawal kemarahan serta menstabilkan
Dan berkomunikasi hormon.
• Membantu merubah sikapkeperibadian serta mengatasi * mencergaskan minda dan iq sertamengatasi
• Sikap panas baran tekanan perasaan
• Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan * mudah mendapat idea serta pintar dan bijak
Daya ingatan.
• Memberi kesegaran akibat keletihan dan * menambahkan ketenangan serta merehatkan
Kelesuan. Fikiran
• Memulihkan tenaga semulajadi. * mengatasi tekanan perasaan
• Mendinding diri dari gangguan (makluk halus) * mendinding diri dari gangguan makluk halus

Minyak Wangi Aura Untuk Perempuan

Melambangkan kecantikan kewanitaan - menaikkan seri wajah

Membuka keinginan seks - menyerlahkan keanggunan dan keayuan

Membantu keintiman suami isteri - memberi ketenangan zahir batin

Memberi keyakinan diri serta senang didampingi Dan berkomunikasi - megawal kemarahan serta menstabilkan hormon.

Menghilangkan perasaan gugup,murung serta mudah terkejut - memulihkan tenaga semulajad,menceriakan hidup- kesan dari wajah yang berseri

Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan - mengatasi tekanan perasaan.

Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan - menambahkan ketenangan serta merehatkan fikiran

Memulihkan tenaga semulajadi - mendinding diri dari gangguan makluk halus.

MASAK STIM ALA 5 STAR



• 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca teh tepung jagung
• 1/2 camca teh lada sulah
• 3 camca besar jus limau kasturi*
• 1 1/2 camca besar minyak masak*
• 1 1/2 camca teh gula*
• 1/2 camca teh garam*
• 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
• 2 batang serai, dihiris halus*
• 1 1/2 tomato dadu,kuntum bunga kantan, dihiris*
• 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
• 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
• 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
• 1/2 camca teh tepung jagung*
• 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.