1.12.11

PENANGAN IKAN SEMILANG



SATU perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu di potong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
SATU perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu di potong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.

Duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.

Kita (pemancing) kadang-kadang terlupa untuk mematahkan duri (sengat) spesies ikan mayung, pari, baung, keli, sembilang atau spesies ikan-ikan lain yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.

Kadang-kadang kita kurang waspada kerana tidak memotong dengan berhati-hati hujung duri atau sengat sudah dipotong masih mempunyai tunggul yang masih berbisa. Tunggul ini berbahaya jika tertusuk.

Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.

Jika terkena bisa sapukan getah betik muda atau tumbuk halia pada tempat yang terkena sengat. Bagaimanapun lebih baik berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Namun dalam apa juga keadaan anda sendiri perlu menentukan semua ikan berduri (ada sengat) dipotong hingga tahap maksimum.

Duri sengat ikan yang berbisa ada yang membawa maut, justeru anda pemancing sentiasa awasi bahaya ini.

Mengikut pengalaman saya 18 Nov 2011 yang pernah disengat (Ikan Semilang) kerana kecuaian saya sendiri, selepas tertusuk sengat hidup tersebut, teruslah pergi ke Hospital atau Klinik untuk mendapatkan Vaksin  sengatan. Itu sahaja penawar bagi sengatan tersebut. Saya kena 3 suntikan bagi meneutral bisa tersebut. Saya menahan bisa hampir 5 jam dan akhirnya tewas kerana tidak tahan. Kesakitan ketika tulang lengan saya terputus akibat kemalangan yang lepas,mampu saya bertahan tetapi sengatan bisa ikan ini lagi sakit, 2 hari baru saya sembuh sepenuhnya. Potonglah sengat sebelum membuka mata kail pada mulut ikan. Kisahnya bermula dengan rancangan yang diatur rapi oleh Azmany dan Hafizul. Bekalan umpan dibeli dari pembekal umpan udang hidup,lokasi memburu adalah di kawasan Jeti Polis Marin Wilayah 3 Kuantan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk memandangkan lokasi tersebut adalah kawasan keselamatan.Jam 0800 malam joran salah seorang dari anggota kami telah di sentap mangsa dan selepas ikan tersebut berjaya didaratkan saya dengan "ikhlas" menawarkan bantuan untuk membuka mata kail pada mulut ikan tersebut. Seperti lagak seorang pahlawan lah konon-kononya dengan memijak pada belakang kepala ikan tersebut secara tiba-tiba sengat tersebut di "aktifkan" dan menembusi selipar yang dipakai. Ya Allah pada ketika itu terus terduduk kerana bisa telah menjalar,jari kaki terus memancutkan darah sambil ada suara-suara yang memerli "dulu suka sangat memakan ikan semilang,apa salahnya kali ini semilang pula bagi makan bisanya" hanya kawan-kawan yang memahami sahaja yang tahu.Terima Kasih buat seseorang yang sudi bagi semangat dan "paksaan" supaya pergi ke Hospital.

No comments:

Post a Comment