6.2.12


Mohon Maaf kepada pengikut Jorangading kerana agak lama tdak update blog ini disebabkan begitu sibuk dengan tugak-tugas harian. Kali ini dengan Lafaz Agung ”Bismillahirahmanirahim”  saya hendak memaparkan ”Port” memancing kegemaran saya. Saya amat gemar memancing pantai di Kuantan kerana terlalu banyak pilihan untuk memancing. Selain kaya dengan pandangan yang begitu indah serta keramahan para nelayan yang mencari rezeki. Kita juga dapat menzahirkan rasa syukur padaNya kerana diberi kesempatan untuk melihat keindahan pantai ciptaanNya.
DALAM 2010 JAKUB VÁGNER TELAH DIBERI PENGHORMATAN OLEH  PERSATUAN MEMANCING ANTARABANGSA (IGFA) DENGAN JEMPUTAN UNTUK MENERBITKAN ARTIKEL TENTANG MEMANCING CONGO DALAM BUKU IGFA TAHUNAN BAGI 2010, YANG DITERIMA BAIK DI SELURUH DUNIA.



Lokasi Kuantan ”mewah” dengan pantai-pantai yang ”sarat” dengan hasil laut pantai termasuklah ikan pari. Walaupun ikan pari di pantai-pantai di Kuantan tidak terlalu memilih umpan. Udang hidup, udang mati, hirisan ikan bebolos dan sotong adalah antara umpan yang terkenal tetapi jika ingin memancing Ikan Senangin perlulah mencari anak ikan Seliding kerana itulah kegemaran utamanya. Begitu juga kalau mahu melayan sentapan ganas si Siakap Putih perlulah mencari umpan udang hidup,ikan belanak,ikan bulu ayam ataupun umpan tiruan yang berkesan. Ada Pepatah Khas saya ciptakan untuk anda semua ”Ikan tidak memilih umpan tetapi jika kita nak memancing ikan perlulah ikut karma alam pemancing”. Bagi saya adalah 100% adalah rezeki dari Allah yang telah ditetapkan sebagai Pemancing Muslim dan hukum karma pemancing adalah 50% kemahiran serta lokasi, 30% bagi umpan dan 10 % bagi peralatan perang.
PESISIR PANTAI

PESISIR PANTAI


Jika ke bandar Kuantan, tempat yang paling dekat sekali hendak memancing adalah di kawasan Esplanade atau pun orang tempatan akan mengenalinya sebagai Benteng. Tempatnya adalah berdepan dengan Hospital Besar Tengku Afzan. Di waktu malam kita akan lihat ramai pemancing tempatan yang akan menghabiskan masa mereka. Ada yang casting dan ramai yang menggunakan joran-joran surf yang membolehkan mereka melontar umpan jauh ketengah. Tapi kini pihak MPK telah ”Swastakan” port tersebut kepada para peniaga. Cuma diperuntukan sebilangan ”tanah” sahaja untuk para pemancing. Tetapi kawasan ini didiami megah oleh kawanan Siakap Putih terutamanya pada tempat pada rangka kapal. Tetapi berhati-hati kerana larian akrobatiknya akan membuatkan anda berputih mata apabila membawa umpan anda pada lokasi tersebut sesuai dengan namanya Siakap Putih.

LOKASI SIAKAP PUTIH

PANDANGAN WAKTU MALAM

Selain dari Esplanade, pemancing pantai juga boleh mencuba nasib di Pantai Gelora. Ia terletak dekat dengan kelab golf kuantan. Ramai pemancing disini memburu pari. Saya sendiri pernah dapat seekor pari dalam saiz 3Kg dan yang lain-lain tu hanyalah gelama dan tetuka.Lokasi amat menarik kerana bagi yang beragama Islam, hanya beberapa langkah sahaja kita akan menemui Masjid lama yang memaparkan senibina silam yang amat-amat memukau pandangan kita. Saya pernah singgah solat bersama seorang yang identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Kalau saya ceritakan nanti ramai pula yang ”cemburu”. Sekadar mengusik sahaja yer duhai temanku ahli pemancing. Tidak perlu risau jika mahu memancing disini dari pagi sampailah ke subuh kerana disini memang terang disulami limpahan lampu neon yang Kerajaaan Pahang sediakan untuk kita semua disamping itu perut tidak perlu risau kerana para peniaga akan menjalankan tanggungjawabnya kepada kita.



MASJID TAMAN GELORA/TANJUNG API

AIR MULAI PASANG
SUASANA DI TAMAN GELORA

Siapa tidak kenal pantai peranginan Teluk Cempedak. Kawasan ini agak istimewa terutama sekali bila ombak besar dan bendera merah dinaikkan menandakan orang ramai tidak boleh mandi manda. Ketika ini pemancing bolehlah bermaharaja lela menggunakan surf rod mereka untuk memancing. Jika tidak kenalah menapak sedikit ke kawasan berbatu untuk memancing. Disini lazimnya pemancing akan menggunakan udang hidup selain lain-lain umpan standard seperti sotong dan potongan isi ikan.Tetapi jika mahu aksi yang mencabar akan kesabaran kita. Bolehlah memanjat anak bukit di hujung pantai itu dan kami gelarkan ianya sebagai ”Lubuk Pari”. Tempat yang berbatu itu amat mempesonakan pandangan kita kerana hanya pemancing sahaja yang sanggup memanjat demi mencari seekor ikan. Pada waktu malam lagilah meriah kerana kita semua boleh melihat mini panggung wayang yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Pahang disamping itu kita boleh melawat gerai yang menawarkan pelbagai hasil diantaranya lukisan, cenderamata,urutan tradisional dan tidak lupa persembahan dari artis yang tidak mengejar populariti media.

TELUK CEMPEDAK
Selain ketiga-tiga tempat di atas boleh lah juga memancing di pantai Anak Air di Tanjung Lumpur, Pantai Batu Hitam, Gebeng dan sekitar pantai-pantai peranginan Cherating. Pantai Batu Hitam kaya dengan kulit kerangan dan syurga bagi pengumpul hasil tersebut disamping keropok lekor yang benar-benar asli dan air kelapa pandan yang begitu menyegarkan tekak setelah seharian ”memburu impian”. Harga bagi menu tersebut untuk 2 orang tidak lebih dari Rm 10.00 dan kita di jamukan dengan tiupan bayu yang amat mendamaikan jiwa dan kita disajikan dengan alunan desiran ombak yang memukul pantai, itu tidak perlu dibayar kerana Allah mengurniakan kita pancaindera untuk menikmatinya dan bukan untuk merosakannya.
PANTAI BATU HITAM

BOLEH BERSANTAI SAMBIL MELIHAT ALAM YANG INDAH
Memang seronok jika ke Kuantan kerana banyak tempat yang kita boleh pilih. Untuk melabuhkan diri setelah penat memancing banyak kemudahan-kemudahan hotel dan chalet dari yang murah sehinggalah yang mahal.Tetapi jangan sama sekali membawa pasangan yang bukan mempunyai ikatan yang ”sah” untuk bermalam bersama. Sekadar gurauan tetapi penuh dengan nasihat. Banyak juga pilihan untuk makan malam yang kebanyakkannya berdekatan jambatan ke Tanjung Lumpur. Tetapi bagi yang inginkan suasana romantis bersama pasangan, bolehlah membeli di kedai pilihan tersebut dan makan bersama-sama di Padang MPK. Saya pernah bersama teman makan bersama-sama kawan semasa kami bersekolah tetapi saya membeli juadah air tangan dari Restoran Portugis dan kami makan bersama-sama di perkarangan Masjid Kipsas bersama-sama Jemaah lain tetapi hanya bertemankan cahaya lilin sahaja. Memang satu nikmat bila kita menikmati makanan bersama-sama dan kita kongsi makan bersama-sama jemaah yang lain kerana disitulah kita akan menghargai ”nikmat”makan yang sebenar tanpa perlu kita berbelanja besar hotel-hotel mewah. Tapi ini pandangan individu sahaja dan bukan fakta yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

PADANG MPK

ANA IKAN BAKAR TANJUNG LUMPUR

SELAMAT MENJAMU SELERA

MASJID KIPSAS
DIPERKARANGAN MASJID ADA TEMPAT UNTUK CLD UNTUK JEMAAH





Akhir kata peliharalah pantai kita dan utamakan keselamatan ketika memancing. Sokonglah Pemuliharaan Alam Sekitar SERTA jagalah sungai dan laut kerana ianya adalah punca rezeki dan sumber protien bagi kita. Kini agak sukar mencari tempat sebegini kerana sebilangan besar sungai dan  lautan di negara ini sudah kekurangan sumber akibat kerakusan manusia mengejar keuntungan tanpa menghiraukan hidupan yang patut dipulihara untuk generasi depan.

No comments:

Post a Comment