28.11.12

GULAI ASAM TEMPOYAK IKAN TALAPIA


TALAPIA SEGAR


Tips kesihatan! makan sekurang2nya 2 hidangan ikan seminggu kerana ia mampu kurangkan sebahagian risiko penyakit jantung!:)

Resipi gulai asam tempoyak ikan talapia!

Bahan-bahan:
1) ikan talapia (1.2 kg(5 ekor kecil) )
2) cili padi ditumbuk halus (20 g (20 biji) )
3) kunyit ditumbuk halus (20 g (2.5sm))
4) asam keping (15 g (3 keping) )
5) tempoyak (150 g (3 sudu makan))
6) kacang bendi (100 g (10 biji) )
7) daun kesom, ambil daunnya (10 g) 1000ml (4 cawan) air (4 tangkai )
8) secukup rasa (Garam )
9) limau nipis + 1 sudu makan garam, untuk membersihkan ikan (2 biji )

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan dengan air limau dan garam. Bilas. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk, tempoyak dan air. Gaul rata.
2. Masukkan asam keping dan daun kesom
3. Masak dengan api yang sederhana.
4. Setelah ikan masak, masukkan kacang bendi. Biarkan seketika. Masukkan garam, biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidangkan

Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.

Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenal pasti sub sektor akuakultur sebagai industri yang mampu meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negara. Tilapia merah adalah merupakan spesies utama ternakan yang ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selain udang galah, Ikan siakap dan udang harimau. Sasaran pengeluaran tilapia merah yang ditetapkan adalah sebanyak 150,000 tan metrik atau 75% daripada pengeluaran ikan air tawar menjelang tahun 2010 kawasan perairan tasik dan empangan seluas 87,660 hektar telah dikenal pasti sesuai untuk ternakan ikan tilapia. Pelbagai galakan dan insentif telah disediakan oleh kerajaan kepada pengusaha untuk merangsang pertumbuhan industri akuakultur.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment