Terubuk atau
Toli Shad adalah
ikan penghuni perairan
estuarin yang ditangkap untuk dimakan daging dan telurnya.
Ada paling sedikit tiga jenis ikan bermiripan yang disebut terubuk atau terubok
Semuanya merupakan anggota suku Clupeidae dan penghuni perairan tropika hangat di
Samudera HindiaNusantara, dan menyukai wilayah perairan
payau. sampai
Ikan yang mempunyai sifat
hermafrodit proandri ini menjalani
siklus hidup dalam waktu kurang dari dua tahun (18 bulan). Pada tahun
pertama kehidupannya akan dilalui sebagai jantan (disebut
pias)
dan pada tahun kedua akan berganti kelamin menjadi betina (sebagai
terubuk). Ikan ini diketahui berpijah sepanjang tahun di sekitar muara
Sungai Siak.
Ikan pemakan
planktonini populasinya sangat menurun bahkan sedikit sekali yang dapat ditangkap oleh
nelayan.
Hal ini sangat dimungkinkan karena telah mengalami tekanan ganda, yaitu
akibat penangkapan secara terus-menerus terhadap terubuk guna diambil
gonad
matangnya ("telur") dan kecenderungan degradasi lingkungan (terutama
disebabkan oleh serbuk kayu) pada daerah habitat utama ikan tersebut
Pulau Bengkalis mendapat julukan "Kota Terubuk" kerana banyak orang mencari masakan telur ikan tersebut di kota itu. Negeri
Sarawak di
Malaysia juga terkenal dengan ikan teruboknya.
Fakta:-
Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah
sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo
dan Teluk Bengal.
Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia.
Percaya
atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di
kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.
Fenomena
ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir)
penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan
sungai-sungai air tawar.
Di Sarawak, ikan terubuk mempunyai tiga jenis iaitu terubuk sungai,
terubuk laut dan terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan
India. Keseluruhannya, terdapat 30 jenis spesis ikan terubuk yang
terdapat di seluruh dunia. Ikan terubuk tropika ialah yang dikenali
dengan nama saintifiknya Tenualosa. Daripada jumlah itu, lima
daripadanya ialah jenis ikan terubuk alam rumpun Tenualosa iaitu
Tenualosa iliasa, Tenualosa macrura, Tenualosa reeveesii dan Tenualosa
toli.
Kesemua jenis Temualosa toli merupakan terubuk laut.
Bagaimanakah membezakan terubuk sungai dengan terubuk laut? Terubuk
sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan
harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang
dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok
merupakan terubuk import atau terubuk laut. Populasi terubuk sungai
Sarawak semakin merosot dan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada
langkah pemuliharaan dilakukan dengan segera."
Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan
pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang
menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang
ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah
lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan
bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk
bertelur antara Jun hingga Oktober.
Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga
dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa,
Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan
Daro di Bahagian Mukah).
Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli,
hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang
disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan
mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan
spesies ini membiak.
Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan
berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad
itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.
Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh
mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28
sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali
sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga
RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk
import.
Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang
dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan
Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah
14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.
Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd
Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa
membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada
pembekal.
“Saya orang pertama menjual ikan terubuk di Kuching pada 1989.
Dulu harga sekotak ikan terubuk masin seberat 20 kilogram dijual dengan
harga RM75 saja, kini sudah naik sehingga antara RM150 hingga RM250
sekotak mengikut saiz ikan.
“Dengan dibantu 13 pekerja, saya menjual sehingga satu tan metrik
atau 50 kotak terubuk sehari, dengan berat setiap kotak 20 kilogram,”
katanya sambil menambah ikan kecil yang dipanggil ‘Semperit’ boleh
dijual dengan harga empat ekor RM10, tetapi ikan besar yang dipanggil
'terubuk' dijual pada harga antara RM10 ke RM18 seekor,” katanya.
Cara memproses terubuk masin cukup mudah dengan mengeluarkan ikan
terubuk beku dari kotak dan terus merendam dalam air kira-kira dua
minit, sebelum disiang dan dibersihkan. Bagi yang bertelur, telur akan
dikeluarkan untuk dijual secara berasingan. Selepas itu, ikan terubuk
yang sudah dibersihkan akan diletakkan garam yang diimport dari
Thailand, sebelum terus dipamer untuk dijual.
Bagi telur terubuk import ia dijual dengan harga antara RM100
hingga RM200 sekilogram, berbanding telur terubuk tempatan dari Sarawak
yang dijual dengan harga RM300 sekilogram.
“Kita hanya menggunakan garam yang diimport dari Thailand kerana
ia paling halus dan lembut. Harga garam Thailand ini dulu hanya RM8.50
seguni (mengandungi 25 kilogram garam) berbanding sekarang sudah naik
kepada RM16 seguni. Selain kos membeli terubuk sudah naik begitu tinggi,
kos lain termasuk garam juga sudah naik, tetapi harga terubuk masin
masih kekal sama, sekali gus menyebabkan kami tidak untung banyak,”
katanya.
Ibrahim yang juga pemilik Perusahaan U.I.T.M (Usahawan Ikan
Terubuk Masin) turut menjadi pembekal tetap terubuk masin kepada Tabung
Haji dan agensi yang menawarkan pakej umrah, untuk dibawa oleh jemaah
sebagai makanan di Makkah, selain pernah menghantar terubuk masin
sehingga ke London.
Beliau turut mengakui, sepanjang Ramadan seperti sekarang, terubuk
bakar atau terubuk panggang yang cukup popular di kebanyakan bazar
Ramadan di Sarawak juga sebenarnya terdiri daripada terubuk yang dibawa
dari Myanmar dan India, bukannya terubuk Sarawak.
Ini kerana pembeli biasanya hanya sanggup membayar antara RM10 ke
RM20 untuk seekor terubuk panggang di bazar Ramadan, sedang kos untuk
mendapatkan terubuk tempatan terlalu mahal dan lebih daripada itu.
“Rahsianya ialah cara kita memproses ikan itu supaya rasanya
sesedap terubuk tempatan. Jika kena ramuan dan caranya seperti untuk
panggang kita letakkan garam, kunyit, serai dan minyak serta cara
membakarnya juga perlu betul, rasanya pasti seenak terubuk tempatan,”
katanya.
Mohd Rus Hassan, 77, yang mengusahakan perniagaan ikan terubuk
masin di Pasar Satok sejak lebih 10 tahun lalu pula berkata, terubuk
tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya
yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.
“Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import,
tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun
sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang
mati dan keras. Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding
terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh
lebih lemak dan manis berbanding import,” katanya yang menjual purata
3,000 ekor terubuk sehari.
Seorang pekerja di gerai menjual terubuk masin, Putradi Putit,
36, berkata mereka memproses sekitar 16 kotak terubuk setiap hari biasa
dan pada Sabtu dan Ahad mereka perlu memproses sehingga 22 kotak ikan
terubuk sehari. Setiap kotak mengandungi antara 60 ekor hingga 75 ekor
ikan mengikut saiz.
“Kami kena gunakan pisau yang cukup tajam supaya kerja menyiang
ikan lebih cepat dapat dilakukan. Kalau pisau cukup tajam kami boleh
menyiang sehingga lebih 100 ekor ikan dalam sejam.
“Kebanyakan pelanggan yang membeli ikan terubuk masin pula
terdiri daripada penduduk dari Semenanjung yang mahu membawa pulang ikan
terubuk sebagai 'ole-ole’. Kami perlu membungkusnya dengan kemas di
dalam kotak supaya dapat dibawa menaiki pesawat,” katanya.
Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk
PERBEZAAN antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk
tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala
bulat dan panjang.
Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia, Johari Tim, berkata
keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar.
“Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk
tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa
dibekukan terlebih dulu,” katanya.
Pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak
pula, Albert Chuan, berkata terubuk import mempunyai bintik hitam di
badan tetapi tiada pada terubuk sungai. Katanya, perbezaan terubuk
tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga.
“Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali
imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import.
Orang biasa memang selalu keliru,” katanya.
Ada dua jenis terubuk di Sarawak iaitu terubuk laut atau
Tenualosa macrura yang boleh dikenali dengan fizikalnya bermulut kecil,
bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.
Terubuk sungai Tenualosa toli mempunyai muncung atau mulut lebih
besar dan panjang yang juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan
penduduk negara ini. Terubuk adalah ikan pelagic dalam keluarga
Clupeidae. Penentuan jantina ikan terubuk hanya dapat dikenal pasti
apabila ia menjangkau usia dua tahun dan bertelur.
Mengikut kajian Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Tenualosa Toli
mula bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada
bulan November. Bagaimanapun, ikan terubuk banyak memasuki sungai dari
bulan April hingga bulan Oktober.
Musim ikan terubuk bermula agak lambat tetapi pendek iaitu Jun
hingga Oktober bagi kawasan Batang Lupar, manakala bagi Batang Lassa
pula, musimnya berpanjangan sehingga enam bulan iaitu April hingga
November. Faktor ini disebabkan perpindahan terubuk berbeza antara
Batang Lupar dan Batang Lassa.
Terubuk jantan boleh mencapai ukuran panjang sehingga 12.8 hingga
34 sentimeter manakala betina ialah dari 14 hingga 46.2 sentimeter dan
masing-masing mempunyai purata berat 178.2 gram dan 533.9 gram.
Bagaimanapun, Sarawak berdepan masalah kepupusan ikan terubuk yang
meruncing berikutan penangkapan ikan tidak terkawal oleh nelayan
tempatan, menyebabkannya tidak sempat sampai tempoh matang untuk menjadi
terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan.
Justeru, usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk
membuat kajian ke atas sperma terubuk Sarawak yang kini semakin diancam
kepupusan adalah satu berita baik.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata, selepas kejayaan
penyelidikan ke atas sperma ikan air tawar seperti kelah di Sungai
Pahang dan temoleh di Sungai Perak, kini tumpuan akan diberikan kepada
ikan terubuk di Batang Lupar, Sarawak.
Rohani berkata, ketika ini spesies ikan terubuk di negeri ini
dikatakan semakin pupus akibat aktiviti penangkapan ikan terubuk yang
tidak terkawal dan kaedah tradisional.