6.1.13

BERITA KEPADA KAWAN — Ebiet G. Ade



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

28.11.12

GULAI ASAM TEMPOYAK IKAN TALAPIA


TALAPIA SEGAR


Tips kesihatan! makan sekurang2nya 2 hidangan ikan seminggu kerana ia mampu kurangkan sebahagian risiko penyakit jantung!:)

Resipi gulai asam tempoyak ikan talapia!

Bahan-bahan:
1) ikan talapia (1.2 kg(5 ekor kecil) )
2) cili padi ditumbuk halus (20 g (20 biji) )
3) kunyit ditumbuk halus (20 g (2.5sm))
4) asam keping (15 g (3 keping) )
5) tempoyak (150 g (3 sudu makan))
6) kacang bendi (100 g (10 biji) )
7) daun kesom, ambil daunnya (10 g) 1000ml (4 cawan) air (4 tangkai )
8) secukup rasa (Garam )
9) limau nipis + 1 sudu makan garam, untuk membersihkan ikan (2 biji )

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan dengan air limau dan garam. Bilas. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk, tempoyak dan air. Gaul rata.
2. Masukkan asam keping dan daun kesom
3. Masak dengan api yang sederhana.
4. Setelah ikan masak, masukkan kacang bendi. Biarkan seketika. Masukkan garam, biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidangkan

Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.

Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenal pasti sub sektor akuakultur sebagai industri yang mampu meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negara. Tilapia merah adalah merupakan spesies utama ternakan yang ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selain udang galah, Ikan siakap dan udang harimau. Sasaran pengeluaran tilapia merah yang ditetapkan adalah sebanyak 150,000 tan metrik atau 75% daripada pengeluaran ikan air tawar menjelang tahun 2010 kawasan perairan tasik dan empangan seluas 87,660 hektar telah dikenal pasti sesuai untuk ternakan ikan tilapia. Pelbagai galakan dan insentif telah disediakan oleh kerajaan kepada pengusaha untuk merangsang pertumbuhan industri akuakultur.

2.11.12

PETUA IKAN MERAH




LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya. Menurut pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana. "Saya tidak pasti bagaimana ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu. "Kalau sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya. Ustaz Daud berkata, mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'. "Kuasa Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita,"

SUP IKAN MERAH




Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 keping ikan merah / ikan ape2 SAHAJA
  • 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  • 1 batang serai yang dititik / ketuk
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 biji cengkih *
  • 1 batang kayu manis *
  • 2 inci halia yang diketuk *
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang

Cara-cara

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika
  2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
  3. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda
  4. setelah air menggelegak, masukkan ikan
  5. masukkan garam atau perasa jika suka
  6. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  7. tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi
  8. sedia untuk dihidangkan

30.9.12

TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

29.8.12

MALONG PANTAI JEPUN

KU SANGKAKAN SESIRAT

KU SANGKAKAN IKAN LINANG

RUPANYA MALONG
     Masih dalam mood raya lagi nie tapi gatai tangan nak menaip juga. 28 Ramadhan tahun ini, sesudah solat sunat tarawikh aku bersama-sama adinda yang tersayang dengan pantas bergegas pergi ke pasaraya Hyper semata-mata mendapatkan umpan udang segar. Sebenarnya ini rancangan adik ku yang mahu membawa ku memancing di salah satu lokasi yang bersejarah di Kota Bharu iaitu Pantai Jepun Mendarat hehehe lokasinya memang strategik kerana mempunyai kuala yang tertutup akibat hakisan pantai dan tempat memancing disitu memang menarik kerana disediakan Kawasan Khas untuk memancing. Terima Kasih MPKBRI kerana menyediakannya. 
     Puncanya adalah selepas Asar, adikku mengajak untuk membeli jala katanya untuk menjala udang tapi jala tak di jual di kawasan rumah kami jadi adikku mengajak untuk tenangkan jiwa pada sebelum ke bazar membeli Yong Tau Fu . Dia membawaku ke sana dan pada ketika itu ada pemancing lain sedang memburu dan sempat juga ku jeling pada rajuknya, Makk Aiii banyak juga ikan Bolos dia dapat, dlm hati ku berdetik, elok juga buat umpan pari. Berbekalkan air jus mangga yang dibuat sendiri ketika berbuka td kami menyusuri kegelapan malam bertiga. 
     Sentapan pertama membuatkan aku lebih bersemangat kerana walaupun keletihan sebab menyiapkan Kuzi untuk juadah hari raya namun aku puas kerana sentapan pertama adalah milik aku. Ku sangkakan Sesirat tetapi tidak begulung-gulung mungkin ikan Linang kot kata ku pada adik-adik ku. Walaupun geli nak membukanya tapi tetap digagahi jua kerana rezeki pertama jangan dibuang melainkan ikan yang tidak dikehendaki. Hampir penuh satu rajuk di isi Malong dan yang paling besar adalah hampir 3 Kg seekor, gambar diatas tu bukan yang kami dapat sbb yang kami dapat tak sempat nak bergambar pun dah terpaksa balik, adiku berjaya mendaratkan ikan Tetanda sahaja ttp Abg mu tetap juara hehehe jangan marah adik-adik ku.Rupanya Ikan Malong nie sedap dibuat kari dan Asam Pedas tapi bukan rezeki kami sebab selepas raya baru ku tahu FAKTA ini.

1.8.12

UMPAN UNIVERSAL



Umpun-umpun (perumpun) atau cacing air masin adalah dari kumpulan haiwan invertebrat yang juga sebenarnya hampir sama dari jenis saudaranya, iaitu cacing tanah yang terdapat di kebun pisang atau belakang rumah kita.
Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada.
Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri.
Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesis perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.
Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir – ikan bolos, gelama dan sembilan. Jangkau – ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah – udang galah serta ikan baung.
Justeru, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.
Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian di tarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.
Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.
Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.
Sekarang ini, umpan perumpun mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara Rm 5 sehingga Rm 6 mengikut isi kandungan.

ERTI SEBUAH KEMAAFAN

Assalamualaikum
Maaf adalah merupakan suatu ungkapan yang mahal..Ya itu benar...
Manusia sukar untuk mengungkapkan perkataan maaf apatah lagi memaafkan orang lain..
Namun kita lupa sesuatu..
Siapa kita untuk berdendam???
Siapa kita untuk tidak memaafkan???
Kita hanyalah manusia biasa yang setiap hari tidak lari dari melakukan kesalahan..
Sedangkan Nabi ampunkan umat..
ALLAH juga mengampunkan dosa hamba-hambaNya waima sebesar mana pun asalkan benar-benar bertaubat..
Saya hairan apabila manusia saling memusuhi antara satu sama lain..
TIDAK RUGI sekiranya kita meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan..
Dan TIDAK MISKIN sekiranya kita memaafkan kesalahan orang lain..
Kita bukan di sekolah tadika untuk bergaduh sesama sendiri..
ALLAH jadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian lengkap dengan akal fikiran supaya kita dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk..
Jalan penyelesaian perlu dicari..
Bukan membuatnya menjadi lebih teruk lagi..
Nasihat ini juga buat diri sendiri..
Supaya kita saling mengingati antara kita..
Kerana manusia itu sering lupa..
Sekiranya wujud suatu keraguan dalam diri, perlu berterus terang..
Jangan berdiam diri..
Supaya tidak berlarutan lebih teruk lagi..
ALLAH(S.W.T) berfirman yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...." (Al-Hujurat: 12)

Sabar itu indah..

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang sedemikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Asy-Syura: 43)

Saya amat tertarik dengan tulisan Saudari Nur Amalina di facebook mengenai isu maaf..
Minta dikongsi ya saudari..
Sesungguhnya Ilmu itu dari ALLAH..
Kata beliau:

Jika datang orang "menghadiahkan air mata" ....
Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar...
jangan dilihat manusia yang menjadi sebab...
lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi "musabbabil asbab"...
dan jika kau disakiti dia...
DIA sedang mngajarmu erti redha...

fiman Allah yang bermaksud:
" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan...
nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudaramu"..
surah Al-Fussilat ayat 34...

kini hatiku bertanya lagi...
siapa aku yang sukar memaafkan???
tuan??
Tuhan???
Aku hanya hamba!
sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pengampun...
siapa aku yang kerdil untuk berdendam????
siapa???
Ya Allah...
kuatkan hati hamba-Mu menuju jalan-Mu...

Subhanallah...
Saya amat bersetuju dengan anda..
Fikir-fikirkanlah wahai sahabat..
Kita juga banyak kekurangan..
Dalam tak sedar, berapa banyak hati yang kita telah sakiti???
Namun apabila disakiti, kita pula mudah melatah..
Ingat, ujian itu datang dari ALLAH..
KepadaNya juga kita berserah..
Wallahualam.........

D' Heriadi Ubul

Setiap kali kau menatapnya
Rasakanlah satu ketenangan
Yang senantiasa dia tawarkan kepadamu
Dan mengertilah betapa beratnya sebuah pengorbanan
Untuk bertahan dalam kesendirian
Pada satu tempat mungil yang teramat pengap
Bersama mimpi-mimpi yang tak pernah menjadi nyata
Seperti ikan kecil ini
Dalam satu masa yang tak terbatas
Berjuang mencari satu kebahagiaan
Walau dirinya tahu itu tak kan berhasil
Namun dia terus berharap
Agar kesendirian ini segera pergi
Dalam satu kehidupan yang teramat sepi
Hingga pada akhirnya diapun sadar
Mengharapkan kebahagiaan hanyalah sebuah kebodohan
Karena ini adalah kenyataan
Bukan drama cinta yang biasa berakhir bahagia
Maka diapun mengusap air matanya
Dan perlahan pergi menjauh
Meninggalkan semua mimpi dan harapannya
Air yang dulu jernih kini terlihat keruh
Dia yang kemarin menari-nari di dalamnya
Kini hanya tinggal khayalan
Ikan kecil yang malang
Dia akan tetap sendiri
Tanpa satupun kebahagiaan yang dia temukan
Akan tetapi biarkanlah dia tetap bermimpi
Untuk mencari kebahagiaannya
Hingga pada akhirnya dia benar-benar pergi
Menuju suatu tempat yang abadi

9.7.12

UDANG LIPAN


Udang Lipan



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengikut http://jorangading.blogspot.com/  semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup. Hidup tanpa masalah adalah bukan kehidupan didunia ini malah masalah jua yang akan mematangkan pola pemikiran kita. Ketika Admin mengarang ini pun masih dalam keadaan yang tidak stabil tetapi demi menyampaikan info menarik buat kaki pancing semua, Admin gagahi jua. Walaupun suasana tempat kerja yang Admin berkhidmat sekarang ini tidak sama seperti tahun 2006 dahulu tapi kita sebagai pekerja haruslah mematuhi arahan yang telah Kementerian keluarkan tetapi jangan pula sangka "kami" semua akan ikuti semua arahan tersebut sebab "kami" pun manusia dan bukan mesin yang tidak mempunyai emosi dan hati. Malah kami berani melawan jika arahan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal serta kami jua tidak takut kehilangan jawatan jika perbuatan yang kami buat itu benar. Ok lah semua hari ini Admin ada nak berkongsi sedikit info mengenai UDANG LIPAN. Pernah lihat dan rasai tak makhluk ini?
Udang lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya hemisquilla ensigera (odontodactylus sp.) Cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu. Udang lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya hemisquilla ensigera (odontodactylus sp.). Cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu. Habitatnya yang mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar pantai timur semenanjung dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana keberkesanannya menjerat ikan terbabit.

Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter. Bersifat karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan teknik penyamaran.

Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.Dalam industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di restoran yang menyediakannya. Dalam arena memancing pula, cara udang ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut. Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.

11.6.12

ALBUM KENANGAN GENG JORAN GADING

TANGKAPAN TERBESAR DALAM SEJARAH HIDUP KU

NASIB BAIK TANGAN KANAN MASIH KUAT

WAN HAFIZUL

ADMIN DAN WAN HAFIZUL SELEPAS IKAN DIDARATKAN

PERSAHABATAN DALAM SUKAN MEMANCING

AHMAD HAMIDA YANG TERUS DATANG SEJURUS MENDAPAT PANGGILAN

IKAN DICUCI SEBELUM DI MASUKAN DALAM BONET KIA JGF

REZEEKI KAMI DAN 20 RAKAN

LOKASI YAG DAHULUNYA SUNYI

KINI PENUH DENGAN PEMANCING TEMPATAN DAN LUAR


Kerana ada email yang dihantar bagi mendapatkan cerita penuh tentang pengalaman dan gambar penuh bagi  operasi patin buah sg pahang. Maka dengan ini admin akan berkongsi dengan anda semua akan pengalaman manis selama admin bergelar pemancing.

Sebelum pergi memulakan xpdc ini, kami telah dilanda pelbagai masalah teknikal dan masalah yang dibuat sendiri, bermula sarapan pagi lagi wan hafizul telah membuat lawak di kedai makan kat kg ubai.gara-gara silap memesan minuman nescafe tarik.hahahaha admin  tergelak sampai tahap tidak boleh kawal dan terpaksa menyorok dalam kereta untuk gelak. Setibanya kami di lokasi itu dengan pantas umpan dilabuhkan dan kami bersantai mencari umpan tambahan seperti umbut kelapa, buah ara dan kumbang tanah. Azmany dilanda malang kerana  2 biji batu landung  sauhnya  di ”sedekah” kepada sungai untuk dibuat tukun gara-gara kesilapan membaling dan mengikat. Wan hafizul pula jatuh ke dalam sungai gara-gara mencari daun palas untuk membuat ketupat. Tangkapan pertama admin dan hafizul adalah serentak dan sama iaitu ikan patin buah namun bersaiz besar lengan sahaja. Kebosanan melanda dan admin mengambil keputusan untuk meletakkan loceng pada joran 9 kaki sahaja walaupun wan hafizul dan azmany masing-masing menggunakan joran 13 dan 15 kaki. Sedang leka admin melayari sms dengan seseorang, tiba-tiba loceng berbunyi dan azmany mengejutkan admin yang sedang leka berehat. Dengan pantas admin berlari dan menyentap joran dan mangsa telah mengena, riak dan libasan ekor si patin ini membuatkan kami bertiga menumpukan perhatian pada joran admin, dek sentapan yang kuat dan asakan ganas si patin ini telah merosakan gear kekili ajiking 6000 namun masih boleh menggulung tali tangsi secara manual. Wan hafizul mengemudi tangsi, azmany memegang hujung joran dan admin menggulung tali tangsi walaupun berkali-kali tangan kami di sentap tangsi. Ikan semakin menganas dan telah memasuki dalam kawasan yang sukar untuk dicapai kerana tebing  sungai pahang amat curam dan demi ikan kesayangan ini, admin membuka baju untuk di jadikan tali untuk menampung wan hafizul mengambil ikan ini. Sebaik ikan ini didaratkan, admin mencium ikan ini dan memanjatkan kesyukuran pada ilahi. Admin terus menghubungi abah dan insan kesayangan untuk memaklumkan kejayaan ini dan abah siap minta untuk merasainya.walaupun abah jauh di kelantan dan admin di pahang, hajat abah tercapai jua  dan hampir 20 keluarga rakan dapat merasai nikmat Permata Sungai Pahang ini.

3.6.12

UMPAN SUNGAI





SUSUNAN UMPAN CACING

ULAT

Baung   - (Umpan Peram, Ulat Lundi, Udang Sungai, Isi Ikan, Cacing, Dedak, Perut, Usus Atau Hati Ayam).

Sebarau - (Anak Seluang Atau Ikan Parang Kedai Akuarium,
Tebal Sisik, Anak Lampan, Anak Terbul, Anak Ikan Tengas, Udang Sungai).

Haruan  - (Katak, Anak Ikan, Udang Sungai, Cacing, Belalang, Cengkerik).


Kelah   - (Kelapa Sawit Peram, Buah Merih, Udang Sungai, Buah Nerang).


Keli    - (Cacing, Cengkerik, Udang Sawah).


Patin   - (Dedak, Perut Ayam, Buah Sawit, Buah Ara)


Tapah   - (Hampir Semua Anak Ikan Sungai, Anak Keli, Udang Galah, Ulat Lundi).


Puyu    - (Belalang,Cengkerik Kecil,Cacing Kecil)


Belida  - (Anak Ikan Hidup Seperti Parang, Terbul, Tengas, Talapia Susur Batang).


Toman   - (Anak Ikan Hidup Lampan, Tengas, Sebarau, Keli),

Udang Galah - (Perumpun, Anak Udang Beras, Anak Ikan Guppy, Isi Ikan, Hati Dan Jantung Ayam, Isi Remis, Isi  Kerang, Adunan Dedak Campur Belacan).


31.5.12

HIDUP KITA UMPAMA IKAN SALMON



    

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Pengikut Setia http://jorangading.blogspot.com/ . Kita Berkongsi Alam Yang Sama Namun Penceritaan Kehidupan Kita Yang Berbeza. Marilah Kita Berkongsi Sedikit Cerita Menarik Mengenai Kita Dan Alam Ini.


     Menariknya Kitaran Perjalanan Kehidupan Seekor Ikan Salmon Adalah Seperti Melambang Dan Mencerminkan Kitaran Perjalanan Hidup Seorang Manusia Juga.
     
     Kehidupan Setiap Ekor Ikan Salmon Bermula Di Hulu Sungai Di Bukit Atau Di Gunung Tempat Yang Tinggi. Kerana Di Tempat Itu Induknya Bertelur Sebelum Mati Dan Di Situlah Dia Menetas Untuk Kemudian Turun Kembara Menghilir Sungai Untuk Sampai Ke Laut Ketika Mencapai Separuh Usia.
     
     Kemudian Dia Berpatah Balik Menghulu Sungai Secara Melompat-Lompat Dan Bersusah Payah Mendaki Jeram Untuk Sampai Semula Ke Tempat Asalnya Untuk Menghabiskan Usia Tuanya Untuk Bertelur Dan Mati Di Situ Juga.
     
     Begitulah Kitaran Kehidupan Sebegini Berlaku Turun-Temurun.
Barangkali Kita Menjadi Terfikir Betapa Bodohnya Ikan Salmon Ini. Kenapa Harus Turun Untuk Sampai Ke Laut, Untuk Kemudiannya Bersusah Payah Naik Semula Untuk Kembali Ke Tempat Asal. Kenapa Tak Tinggal Saja Di Tempat Asal Di Situ Dari Mula Sewaktu Kecil Sehingga Usia Tua Di Penghujung Hayatnya, Sedangkan Perjalanan Turun Naik Itu Mengundang Risiko Terkorban Dari Pemangsa Yang Sentiasa Menunggu Peluang Sepanjang Sungai.
     
     Begitulah Kita Yang Tua-Tua Yang Dah Matang Dan Mencapai Umur Senja Suka Menasihati Anak Muda Berdasarkan Pengalaman Sukar Kita Untuk Jangan Buat ‘Kerja Gila’ Macam Kita Dulu Masa Muda Remaja.
     Lalu Kita Kecewa Dengan Kedegilan Remaja Dan Anak Muda Untuk Enggan Ikut Nasihat Kita Demi Kebaikan Dan Keselamatan Mereka Juga, Yang Suka Ambil Risiko Bertindak Di Luar Kemahuan Dan Jangkaan Kita. Sedang Kita Juga Seperti Mereka Tak Mahu Dengar Kata Orang Tua Di Zaman Usia Muda Remaja Kita, Lalu Menjadikan Kita Insaf Dan Menyesal Pula Akhirnya.
  
     Atau Biar Saja Mereka Menjalani Kitaran Kehidupan Mereka Sendiri. Biar Mereka Belajar Pengalaman Pahit Dan Sukar Yang Bakal Mereka Lalui Untuk Akhirnya Menginsafi Dan Mendewasakan Mereka, Seperti Kita, Ibu-Bapa Kita, Dan Ikan-Ikan Salmon Itu Juga.
     Begitulah. Sungguh Jalan (Kembali) Ke Syurga (Yg Pernah Ditinggalkan Manusia) Itu Jalan Pendakian (Melawan Tarikan Graviti) Yg Amat Sukar Yg Terpaksa Menongkah Melawan Arus Deras Dan Mengelak Pemangsa Sebagai Halangan Dan Ujian Besar Allah Terhadap Manusia.
Kerana Itulah Harga Yg Harus Manusia Bayar Kerana Tidak Bersyukur Dan Tidak Percayakan Nasihat Dan Larangan Allah Utk Meninggalkan Kehidupan Syurga Akhirat Untuk Akhirnya Terjerumus Ke Lautan Neraka Atas Umpanan Tarikan Kilauan Syurga Dunia.

13.5.12

SALMON GRILL WITH THOUSAND ISLAND

UNTUK ZACK DAN INA... SELAMAT PENGANTIN BARU
        
       Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut joran gading. Macamane dengan tugasan anda sebagai pemancing amatur dan profesional sekarang? Dah lama saya tidak turun untuk memburu sejak kena penangan sengat si semilang. Saya sekarang banyak menghabiskan masa dengan melihat keindahan ciptaanya, perairan di kawasan pahang semakin tercemar dengan sikap yang tidak berintergriti pengungjung. Penat sahaja majlis perbandaran menyediakan tong sampah tetapi sampah tetap juga dibuang sesuka hati. Hargailah khazanah yang allah kurniakan kepada kita ini. Panjang pula membebel hari ini, bukan apa cuma nak bagi sedikit kesedaran buat diri saya dan rakan semua.

           Ok lah kali ini saya nak berkongsi 1 resepi barat yang susah tetapi sebenarnya senang nak disediakan, baru-baru ini saya telah mendapat tempahan untuk jurugambar perkahwinan kawan, atas dasar kawanlah saya cuba nak bagi 1 hidangan makan beradat buat sang mempelai.hehehe tak perlulah saya nak bawa hadiah lagi!!!.opstt jgn marah ina dan zack.

Bahan bahan: salmon grill with thousand island

2 kpg isi ikan salmon
Tomato chery
Salad
Timun jepun
Mentega
Rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda
Sos thousand island

Kelengkapan:

Periuk pengukus
Kuali tidak lekat

Cara penyediaan:

Ikan tu anda kena cuci lepastu pastikan tiada sisik yang melekat, rendam sekejap dalam air asam jawa tp jangan sampai diserap ikan lepastu tos seketika. Perap dengan rempah rempah tandori@masala@ ikut cita rasa anda dan kukus selama 2 minit sahaja. Panaskan kuali dan masukan mentega. Apa lagi terus grill ikut selera anda. Sebelum makan tu kena tuang sos thousand island baru berselera.

Untuk hiasan pula anda kena masukan semua sayuran dalam ais agar kesegaran dan kecantikan salad akan terserlah. Amat sesuai dimakan bersama risoto @ bubur nasi @ sebagai salad. Kalau rasa nak tambah coleslow pun boleh juga.

Bahan-bahan coleslow
  • Kobis putih 1 kg
  • Lobak merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu tepung penuh krim 4 sudu besar
  • Gula pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.

Cara membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer.
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

Nota tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
  

Maaf  Ina dan Zack sbb saya tak sediakan pakej  coleslow sekali dgn salmon grill hahaha saya jurugambar bukan chef. Nanti untuk ulangtahun perkahwinan anda nanti insyallah saya akan sediakan.