Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Pengikut Setia http://jorangading.blogspot.com/ . Kita Berkongsi
Alam Yang Sama Namun Penceritaan Kehidupan Kita Yang Berbeza. Marilah Kita
Berkongsi Sedikit Cerita Menarik Mengenai Kita Dan Alam Ini.
Menariknya Kitaran Perjalanan Kehidupan Seekor
Ikan Salmon Adalah Seperti Melambang Dan Mencerminkan Kitaran Perjalanan Hidup
Seorang Manusia Juga.
Kehidupan Setiap Ekor Ikan Salmon Bermula Di Hulu
Sungai Di Bukit Atau Di Gunung Tempat Yang Tinggi. Kerana Di Tempat Itu
Induknya Bertelur Sebelum Mati Dan Di Situlah Dia Menetas Untuk Kemudian Turun
Kembara Menghilir Sungai Untuk Sampai Ke Laut Ketika Mencapai Separuh Usia.
Kemudian Dia Berpatah Balik Menghulu Sungai Secara
Melompat-Lompat Dan Bersusah Payah Mendaki Jeram Untuk Sampai Semula Ke Tempat
Asalnya Untuk Menghabiskan Usia Tuanya Untuk Bertelur Dan Mati Di Situ Juga.
Begitulah Kitaran Kehidupan Sebegini Berlaku
Turun-Temurun.
Barangkali Kita Menjadi Terfikir Betapa Bodohnya Ikan Salmon Ini. Kenapa
Harus Turun Untuk Sampai Ke Laut, Untuk Kemudiannya Bersusah Payah Naik Semula
Untuk Kembali Ke Tempat Asal. Kenapa Tak Tinggal Saja Di Tempat Asal Di Situ
Dari Mula Sewaktu Kecil Sehingga Usia Tua Di Penghujung Hayatnya, Sedangkan
Perjalanan Turun Naik Itu Mengundang Risiko Terkorban Dari Pemangsa Yang
Sentiasa Menunggu Peluang Sepanjang Sungai.
Begitulah Kita Yang Tua-Tua Yang Dah Matang Dan
Mencapai Umur Senja Suka Menasihati Anak Muda Berdasarkan Pengalaman Sukar Kita
Untuk Jangan Buat ‘Kerja Gila’ Macam Kita Dulu Masa Muda Remaja.
Lalu Kita Kecewa Dengan Kedegilan Remaja Dan Anak
Muda Untuk Enggan Ikut Nasihat Kita Demi Kebaikan Dan Keselamatan Mereka Juga,
Yang Suka Ambil Risiko Bertindak Di Luar Kemahuan Dan Jangkaan Kita. Sedang
Kita Juga Seperti Mereka Tak Mahu Dengar Kata Orang Tua Di Zaman Usia Muda
Remaja Kita, Lalu Menjadikan Kita Insaf Dan Menyesal Pula Akhirnya.
Atau Biar Saja Mereka Menjalani Kitaran Kehidupan
Mereka Sendiri. Biar Mereka Belajar Pengalaman Pahit Dan Sukar Yang Bakal
Mereka Lalui Untuk Akhirnya Menginsafi Dan Mendewasakan Mereka, Seperti Kita,
Ibu-Bapa Kita, Dan Ikan-Ikan Salmon Itu Juga.
Begitulah. Sungguh Jalan (Kembali) Ke Syurga (Yg
Pernah Ditinggalkan Manusia) Itu Jalan Pendakian (Melawan Tarikan Graviti) Yg
Amat Sukar Yg Terpaksa Menongkah Melawan Arus Deras Dan Mengelak Pemangsa
Sebagai Halangan Dan Ujian Besar Allah Terhadap Manusia.
Kerana Itulah Harga Yg Harus Manusia Bayar Kerana Tidak Bersyukur Dan Tidak
Percayakan Nasihat Dan Larangan Allah Utk Meninggalkan Kehidupan Syurga Akhirat
Untuk Akhirnya Terjerumus Ke Lautan Neraka Atas Umpanan Tarikan Kilauan Syurga
Dunia.
No comments:
Post a Comment