Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan.Cuba lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air. Masa itu emas, Bahkan lebih bernilai dari emas. Emas hilang boleh dicari, masa berlalu takkan kembali.
11.6.12
ALBUM KENANGAN GENG JORAN GADING
TANGKAPAN TERBESAR DALAM SEJARAH HIDUP KU
NASIB BAIK TANGAN KANAN MASIH KUAT
WAN HAFIZUL
ADMIN DAN WAN HAFIZUL SELEPAS IKAN DIDARATKAN
PERSAHABATAN DALAM SUKAN MEMANCING
AHMAD HAMIDA YANG TERUS DATANG SEJURUS MENDAPAT PANGGILAN
IKAN DICUCI SEBELUM DI MASUKAN DALAM BONET KIA JGF
REZEEKI KAMI DAN 20 RAKAN
LOKASI YAG DAHULUNYA SUNYI
KINI PENUH DENGAN PEMANCING TEMPATAN DAN LUAR
Kerana ada email yang dihantar bagi mendapatkan
cerita penuh tentang pengalaman dan gambar penuh bagioperasi patin buah sg pahang. Maka dengan ini
admin akan berkongsi dengan anda semua akan pengalaman manis selama admin
bergelar pemancing.
Sebelum pergi memulakan xpdc ini, kami telah
dilanda pelbagai masalah teknikal dan masalah yang dibuat sendiri, bermula
sarapan pagi lagi wan hafizul telah membuat lawak di kedai makan kat kg
ubai.gara-gara silap memesan minuman nescafe tarik.hahahaha admintergelak sampai tahap tidak boleh kawal dan
terpaksa menyorok dalam kereta untuk gelak. Setibanya kami di lokasi itu dengan
pantas umpan dilabuhkan dan kami bersantai mencari umpan tambahan seperti umbut
kelapa, buah ara dan kumbang tanah. Azmany dilanda malang kerana2 biji batu landungsauhnyadi ”sedekah” kepada sungai untuk dibuat tukun gara-gara kesilapan
membaling dan mengikat. Wan hafizul pula jatuh ke dalam sungai gara-gara
mencari daun palas untuk membuat ketupat. Tangkapan pertama admin dan hafizul
adalah serentak dan sama iaitu ikan patin buah namun bersaiz besar lengan
sahaja. Kebosanan melanda dan admin mengambil keputusan untuk meletakkan loceng
pada joran 9 kaki sahaja walaupun wan hafizul dan azmany masing-masing
menggunakan joran 13 dan 15 kaki. Sedang leka admin melayari sms dengan
seseorang, tiba-tiba loceng berbunyi dan azmany mengejutkan admin yang sedang
leka berehat. Dengan pantas admin berlari dan menyentap joran dan mangsa telah
mengena, riak dan libasan ekor si patin ini membuatkan kami bertiga menumpukan
perhatian pada joran admin, dek sentapan yang kuat dan asakan ganas si patin
ini telah merosakan gear kekili ajiking 6000 namun masih boleh menggulung tali
tangsi secara manual. Wan hafizul mengemudi tangsi, azmany memegang hujung
joran dan admin menggulung tali tangsi walaupun berkali-kali tangan kami di
sentap tangsi. Ikan semakin menganas dan telah memasuki dalam kawasan yang
sukar untuk dicapai kerana tebingsungai
pahang amat curam dan demi ikan kesayangan ini, admin membuka baju untuk di
jadikan tali untuk menampung wan hafizul mengambil ikan ini. Sebaik ikan ini
didaratkan, admin mencium ikan ini dan memanjatkan kesyukuran pada ilahi. Admin
terus menghubungi abah dan insan kesayangan untuk memaklumkan kejayaan ini dan
abah siap minta untuk merasainya.walaupun abah jauh di kelantan dan admin di
pahang, hajat abah tercapai jua dan hampir 20 keluarga rakan dapat merasai nikmat Permata Sungai Pahang ini.
No comments:
Post a Comment